Salam sejahtera buat semua.
Sejak kebelakangan ini, sudah beberapa kali saya dapat panggilan daripada agen insurans yang ingin menawarkan insurans “menarik”. Walaupun saya tidak sempat mendengar tawaran insurans yang ingin dijual, namun melalui jangkaan awal dan carian di Google, sudah boleh diagak modus operandi mereka.
Sebelum ini saya ada kongsikan panggilan jual insurans daripada dua nombor yang berbeza. Kali ini, lagi dua nombor telefon berbeza membuat panggilan untuk tujuan yang sama iaitu 0320340777 dan 0320544672. Pemanggil memperkenalkan diri sebagai agen daripada AIA.