Analisa Keputusan SPM 2010

Salam sejahtera buat semua.

Slip keputusan SPM

Akhirnya, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 telah pun diumumkan secara rasminya pada hari ini, 23 Mac 2010. Tamat sudah segala teka-teki yang pernah bermain dalam beberapa entri yang telah ditulis oleh saya sebelum ini.

Berteka-teki dengan adik-adik pelajar lepasan SPM di “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2010?” Kemudian muncul pula satu petikan ucapan yang membawa kepada “Keputusan SPM 2010 Mungkin Diumumkan Dalam Bulan April?” Lalu, pelbagai “Khabar Angin Tarikh Keputusan SPM 2010” menjadi bualan ramai pelajar SPM 2010. Akhirnya, segala persoalan terjawab dengan “Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan SPM 2010”.

Dalam sidang pengumuman analisa keputusan SPM 2010 oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata keputusan tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun (empat tahun lalu – SPM 2006 adalah tahun saya menduduki SPM).

Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon. Bagi yang masih terkejut dengan sistem baru (ada yang masih lagi tak tahu dan tidak sedar akan perubahan ini), boleh rujuk penggunaan sistem gred baru untuk SPM.

Semakan SPM 2010 melalui SMS
Kali pertama dapat semak keputusan SPM dengan SMS

Boleh rujuk analisa keputusan SPM 2009 untuk membuat perbandingan.

Seramai 363 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009 dan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon kepada 68,114.

Bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G bagi semua mata pelajaran pula menunjukkan penurunan seramai 104 calon iaitu seramai 2,773 pada tahun lepas berbanding 2,877 pada 2009.

Analisa ringkas keputusan SPM 2010 ini disunting daripada BERNAMA.

beliamuda: Menunggu senarai pelajar terbaik SPM 2010 dan sekolah terbaik SPM 2010. Tahniah buat pelajar dan lepasan SPM 2010 untuk keputusan yang baik dan cemerlang. Bagi yang kurang memberangsangkan, usaha anda bukan berakhir di sini. Teruskan berjuang!

23 thoughts on “Analisa Keputusan SPM 2010

  1. Pingback: MRSM Cemerlang SPM 2010: Kedudukan 7 MRSM Terbaik | beliamuda {dot} com

  2. Salam,
    Saya nak tanya. Anak saya perolehi gred B+ dalam salah satu subjek, tetapi dicatat sebagai TERTINGGI. Betul ke tu?

    • @Zakaria,
      kalau dpt B+ ,, akan ditulis kepujian tertinggi…
      cemerlang(A-),, cemerlang tinggi(A),, dan cemerlang tertinggi(A+),,,
      sekadar info..rasenye mmg rmi yg x tahu tntg penggredan br nie…

        • @beliamuda,
          hehe..sy b’jaya mndpt kptsn 11A dlm SPM 2010…
          & sy berminat utk further dlm bidg chem. eng. mcm abg..
          tapi, kwn sy kate, mengikut pngalmn akak die,,
          x rmi yg ingin ceburi bidg ni,,
          die kate kalo nk jd jurutera kimia bley,,tp, kne keje kt overseas la..
          sbb bidg nie masih blom b’kmbg d malaysia..
          so,, gaji bg jurutera kimia pon x akan mningkat la..
          stay cm2 je…
          naseb bek sy minat 2 bnde..
          lg satu,, mech. eng…
          dan dsbbkn pluang pkrjaan bg jurutera mek. lebih luaas,,
          so, sy decide nk further dlm mech. eng. la…
          sy nk tnye abg sbnanye…
          pe pndpt abg tntg kedua-dua bidg nie ?
          & bidg mne yg lebih berbaloi utk diceburi?

          • @hafiz, Pertamanya, tahniah untuk anda.

            Kalau ikut pengalaman saya, di UTP, course chem eng antara yang paling ramai pelajar (berbanding course engineering yang lain). Jadi, ini menunjukkan ramai yang nak ceburi.

            Belum berkembang? UTM, USM dan UTP antara universiti yang sudah agak terkedepan dalam bidang engineering. Chem Eng di setiap uni ni telah diiktiraf oleh badan akreditasi dalam dan luar negara. Adakah masih lagi belum berkembang? Fasiliti yang terbaik pun boleh didapati.

            Gaji chem eng berbeza untuk setiap field yang disertai. Kalau bidang oil and gas, memang agak mewah, tapi kerjanya pun berat jugalah. Shell, PETRONAS, EXXON Mobil, dan banyak lagi syarikat upstream lain yang bertapak di Malaysia menyediakan peluang buat chem eng.

            Mech Eng dan Chem Eng mmg dua bidang yang berbeza. Tanya dulu minat sendiri. Adakah memang berminat untuk terus ke bidang mekanikal?

  3. Pingback: Ranking SBP bagi Keputusan SPM 2010 | beliamuda {dot} com

  4. Pingback: Tarikh Sebenar Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge