Petrol RON 95 naik harga 5 sen kepada RM1.90

Salam sejahtera  buat semua.

kenaikan harga barang 2010

Akhirnya tercapai juga hajat hati untuk menjejak kaki di Selama (kawasan negeri Kedah dan Perak) serta Serdang, Kedah seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Terima kasih kepada pemandu pelancong itu. 🙂

Kalau tengok jarak perjalanan tu, sekitar 90KM jugak la (masuk kawasan Sungai Taka, kemudian ke Selama, Kedah dan Selama, Perak sebelum ke Dataran Seri Serdang). Sebut pasal semua ni, berkait pulak dengan minyak kereta.

Sebelum ni Abah dah nasihat awal-awal supaya pakai petrol RON97 (Shell V-Power). Tapi sejak minyak RON97 ni asyik naik je (kali terakhir naik pada 1 Disember kepada RM2.30), rasa cam nak berjinak-jinak dengan minyak RON95 pulak.

Baru je tadi tersebar khabar berita mengatakan petrol RON95 juga bakal naik harga sebanyak 5 sen kepada RM1.90. Kena gi isi minyak dulu ke sebelum tengah malam ni? Lepas ni nak keluar ke Butterworth pulak hantar kawan ke sana.

Kalau masa RON97 naik harga 15 sen tempoh hari pun senyap-senyap sebab kerajaan kata ikut kenaikan harga minyak dunia dan tiada pengumuman rasmi, macam mana pula dengan RON95 yang memang diberi subsidi ni? Setakat ni hanya ada khabar berita daripada mStar.

beliamuda: Gambar perjalanan Selama – Serdang akan dikemaskini selepas ini. Selain harga petrol RON95, lain-lain barang juga mungkin mengalami kenaikan harga seperti diesel, LPG dan gula (petang tadi dah beli 1KG).

Comments

6 responses to “Petrol RON 95 naik harga 5 sen kepada RM1.90”

  1. ikin Avatar

    harga petrol naik bermakna kos pengangkutan meningkat. jangan diesel naik harga sudahlah~

    Serdang ialah kawasan saya buat kajian tentang public transport haritu.. kecik je tempatnya, dan low accessibility..kan?

  2. Hafiz Avatar

    harga minyak naik,harga barang akan naik.
    harga minyak turun,harga barang still kekal.

    kalau mcm ni tak sangguplah nak bkeluarga dan bkereta.byk kos:P

  3. khairul hisham saripin Avatar

    assalam semua,setiap kali harga minyak dunia mencecah lebih dari usd90 peperangan akan tercetus itu analisis saya.walaupun kenaikan harga minyak tidak ketara di malaysia tapi kesannya pada aktiviti harian tetap ada,harapan saya agar kita beringat dan bersyukur dapat merasakan keistimewaan sebagai rakyat MALAYSIA.selagi pemimpin ingat apa yg dipimpin melakukan tugas dgn amanah selama itulah kestabilan terbina.

  4. […] pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. RON95 juga pernah mengalami kenaikan harga pada 4 Disember […]

  5. […] Kenaikan kali terakhir harga RON 95 sebelum ini ialah pada bulan Disember lalu iaitu sebanyak RM0.05, sedangkan harga minyak RON97 telah pun mencecah RM2.90 sekarang ni. Perbezaan harga yang terlalu jauh ini saja sudah cukup untuk menunjukkan harga RON95 telah lama ditahan oleh kerajaan daripada dinaikkan. […]

  6. […] enam bulan. Oleh kerana semakan terakhir dilakukan adalah pada Disember lalu yang menyaksikan kenaikan harga RON95 kepada RM1.90, semakan terbaru perlu dilakukan pada bulan Jun […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge