Salam sejahtera buat semua.
Otak tengah serabut fikir nak balik ke tak Tahun Baru Cina ni, masuk pulak berita kenaikan harga minyak RON97 (lagi) sebanyak 10 sen mulai jam 12 malam, 1 Februari 2011. Ini memang kenaikan rutin (sebab belum pernah ada penurunan lagi sejak empat kali naik) berdasarkan semakan harga minyak yang tidak dikawal dengan subsidi oleh kerajaan.
Dengan kenaikan sebanyak 10 sen mulai tengah malam ni, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. RON95 juga pernah mengalami kenaikan harga pada 4 Disember lalu.
Sumber dipetik daripada Malaysiakini
beliamuda: Kebetulan je kenaikan ni selepas PRK DUN Tenang…
best SANGAT bila minyak naik lagi!
tahniah…hu3
nash´s last blog about ..Terlepas Lagi Gathering Bersama Blogger- Alahai
naik cepat turun lambat
@Wan, duit masuk kena cepat, duit keluar biar la lambat…