Jom Terbang Ke New Zealand Dengan AirAsiaX

Salam sejahtera buat semua.

Alhamdulillah, dapat cuti penuh pada hari Jumaat yang sepatutnya bekerja tapi masih dapat gaji separuh hari. Kalau Supervisor (SV) pun dah bagi kebenaran untuk cuti, giranglah hati menyambut. Semalam pun hanya buat kerja pada sebelah pagi je.

Dapat cuti tambahan sekali bersambung dengan cuti hujung minggu ni rasa macam panjang je cuti. Nak gi jalan kat mana eh? Petang ni dah rancang nak pusing ke kawasan Serdang-Selama (sempadan Kedah-Perak). Pemandu pelancong pun dah sedia untuk berkhidmat. 🙂

Peta Selaam Serdang

Peta Selama – Serdang

Semalam lagi dah tempah awal-awal dengan pemandu pelancong sebab kebetulan dapat cuti hari ni. Oh, wilayah Kulim Hi-Tech memang kerja mengikut kalendar Wilayah Persekutuan dan bukannya Negeri Kedah. Isnin hingga Jumaat.

Sebut pasal melancong ni, AirAsia X ada buka tawaran tempahan tiket ke Christchurch, New Zealand pada harga permulaan RM199. Tempoh tempahan bagi tawaran terhad ni adalah daripada hari ini (3 Disember 2010) dan berlanjutan untuk tiga hari sehingga 5 Disember 2010.

AirAsia

Terbang dengan AirAsia

Kalau ada yang dah rancang nak ke New Zealand untuk tempoh 1 April 2011 – 10 November 2011, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket daripada AirAsiaX. Hanya ada untuk economy seat sahaja.

christchurch1

Christchurch, New Zealand

Anda dah ada perancangan nak ke Christchurch, New Zealand? Terus sahaja tempah tiket dengan AirAsia X! Jom terbang ke sana… ^_^

beliamuda: Petang ni nak tengok apa yang ada di kawasan Serdang-Selama…

One thought on “Jom Terbang Ke New Zealand Dengan AirAsiaX

  1. Pingback: Petrol RON 95 naik harga 5 sen kepada RM1.90 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge