Harga Minyak RON95 Bakal Dinaikkan Kepada RM2.20?

Salam sejahtera buat semua.

tweet RON95 naik harga 2

Tajuk di atas ditinggalkan sebagai sebuah persoalan, bukan satu pernyataan yang sahih. Dalam satu tweet rambang pada awal pagi tadi, ada seorang pengguna twitter menyatakan yang dia ada terdengar daripada siaran radio bahawa harga minyak petrol RON95 bakal dinaikkan harga tidak lama lagi.

tweet RON95 naik harga

Dalam tweet dia sebelumnya, turut dinyatakan juga bahawa harga RON95 bakal dinaikkan kepada RM2.20 iaitu kenaikan sebanyak RM0.30 daripada harga semasa sebanyak RM1.90.

Kenaikan kali terakhir harga RON 95 sebelum ini ialah pada bulan Disember lalu iaitu sebanyak RM0.05, sedangkan harga minyak RON97 telah pun mencecah RM2.90 sekarang ni. Perbezaan harga yang terlalu jauh ini saja sudah cukup untuk menunjukkan harga RON95 telah lama ditahan oleh kerajaan daripada dinaikkan.

stats harga ron 97

Terbaru, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan rakyat perlu bersedia untuk kenaikan harga minyak petrol RON95. Rasanya kenyataan “harga RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini” hanya benar sebelum semakan semula dibuat setiap bulan. Mungkin alasan ini bakal digunakan juga nanti.

Harga gula pun sudah dinaikkan RM0.20 minggu lalu. Tidak dapat tidak, RON95 juga bakal dinaikkan harga kerana tiada arah aliran penurunan harga minyak dunia dalam masa terdekat ni.

beliamuda: Kalau Pak Menteri pun dah cakap kena sedia dan jangan terkejut nanti kalau harga minyak naik, ada maksud harga nak naik la tu. Bersedia macam mana ya?

Comments

18 responses to “Harga Minyak RON95 Bakal Dinaikkan Kepada RM2.20?”

  1. rakyat miskin Avatar
    rakyat miskin

    rakyat perlu bersedia…BERSEDIA UNTUK MENGUBAH KERA JAAN…KUASA DI TANGAN ANDA!..

  2. ayu Avatar
    ayu

    minyak naik,kn la bsedia harga2 brg pun naik…naik!naik! naik!
    gaji pekeja2 swasta x naik2..siapa nak bela nasib kami? balik2 umumkn kakitgn krjaan aje yg dibela..terutama guru2.mcm la kami pekeja swasta x menyumbagkn ape2 pd ekonomi negara.

  3. Din Ferarri Avatar
    Din Ferarri

    Peh.. macam ni mampus la.. bukan sakit kepala dah, sakit konek kalau macam ni.

  4. MerongMahawangsa Avatar
    MerongMahawangsa

    naik la… naik…. ade aku kesah…. lepas ni korang ( kerajaan skrg ) dh xnaik kerusi kat parlimen tu….cam sayal

  5. […] Sementara itu, harga minyak RON95 masih lagi dikekalkan pada RM1.90 walaupun sebelum ini timbul khabar angin harga petrol RON95 bakal dinaikkan kepada RM2.20. […]

  6. […] Sementara itu, harga minyak RON95 masih lagi dikekalkan pada RM1.90 walaupun sebelum ini timbul khabar angin harga petrol RON95 bakal dinaikkan kepada RM2.20. […]

  7. Minyak Zaitun Avatar

    Kalau harga minyak naek, biasanya segala macam kebutuhan pokok akan naik pula, rakyat yang menjadi kena akibatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge