Bom Meletup Di Desa Tun Razak, Cheras

Salam sejahtera buat semua.

Mangsa letupan bom di Cheras

Menurut sms alert dan berita yang disiarkan The Star sebentar tadi, dilaporkan sebuah bom telah meletup di hadapan sebuah pangsapuri di Desa Tun Razak, Cheras. Letupan tersebut telah menyebabkan dua kecederaan serius dan kerosakan kecil kepada sekurang-kurangnya lima unit yang lain.

Berita lanjut menyusul kemudian.

Kemaskini 1:30 Petang

Kejadian Letupan Bom di Desa Tun Razak, Cheras

Pemilik unit tersebut di tingkat 12 yang berusia 51 tahun mendengar pintunya diketuk sekitar 08:30 dan menemui sebuah kotak di hadapan pintu rumahnya.

Dia kemudiannya memanggil kedua-dua orang pekerjanya untuk memeriksa kotak tersebut.

Ketika mereka membuka kotak itu, terjadinya letupan dan menyebabkan luka terbakar 70% pada seorang wanita, 51 dan seorang lelaki, 38. Kedua-duanya ditempatkan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

OCPD Cheras, ACP Ahmad Amir Mohd Hashim berkata polis tidak menolak kemungkinan persaingan perniagaan sebagai motif di sebalik pengoboman itu walaupun pemilik pangsapuri menafikan bahawa beliau pernah menerima sebarang ancaman.

Pemilik pangsapuri tersebut menjalankan perniagaan kafe internet (CC) dan restoran di bahagian bawah pangsapuri.

beliamuda: Harapnya kejadian ini tiada kaitan dengan sebarang isu perkauman seperti yang digembar-gemburkan pada awalnya.

14 thoughts on “Bom Meletup Di Desa Tun Razak, Cheras

      • @beliamuda, dulu… jiran aku pun ada kes mcm ni jugak… cina.. dia buat bisnes yang boleh dikatakan salah kalau kita rujuk undang-undang negara malaysia ni 😀 Then.. ada orang yang tak puas hati dengan dia.. letak bom depan pintu rumah dia. Nasib la dia tak bukak kotak tu. Dia terus panggil polis untuk cek kotak tu. Terus jumpa bom. Kalau tak.. Dah tentu rumah aku pun meletup aishhh
        Ayie´s last blog about ..Adakah blog anda sudah berdaftarMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge