Salam sejahtera buat semua.
Kali pertama saya mendengar lagu Akan Ku Jumpa nyanyian Azfar ini adalah kerana diperkenalkan oleh seorang rakan. Sebab dah lama sangat tidak menonton TV3, saya tidak sedar yang lagu ini digunakan sebagai lagu tema bagi drama Samarinda yang bertajuk Syurgamu Ramadhan.
Sinopsis Syurgamu Ramadhan
Datuk Paduka Halimaton telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikah. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil. Marlia suka melawan dan membantah. Halimaton tidak menegrti. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk Marlia. Tapi Marlia lebih rela berkahwin dengan seorang pendatang daripada mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Halimaton. Memang tujuan Halimatun mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh dalam pelukan pendatang. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri.
Syurgamu Ramadhan disiarkan di TV3, bermula Ogos 10, 2010. Setiap Selasa-Khamis, jam 10 malam.
OST Syurgamu Ramadhan
Lirik Lagu Akan Ku Jumpa – Azfar
Ku mengatur langkahku
jalan tanpa bayang-bayang Mu
langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindungan Mu
Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui
Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari
sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akanku jumpa diri Mu
dan ku kan terus
menempuh mimpi-mimpiku selalu
Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara
Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diri Mu
beliamuda: Seperti biasa, kalau nak cari lagu ni untuk download mp3, sila cari sendiri la ya di tempat-tempat yang sepatutnya…
like this song so much since da ist time i heard, i fall in luv..huu
sedap an lagu nih..+ dengan ite yg menyentuh hati..heh~
lagu sanagat bersesuaian dgn cerita….
menarik sungguh menyentuh jiwa dan membuatkan saya menitiskan air mata tiap kali cerita d.mainkan…xsangka cita nie besangkut paut dgn keluarga saya…………
menarik sangat….xpenah dengar lagu nie……..
first time dengar tesentuh jgk ati nie…….