Bom Meletup Di Desa Tun Razak, Cheras

Salam sejahtera buat semua.

Mangsa letupan bom di Cheras

Menurut sms alert dan berita yang disiarkan The Star sebentar tadi, dilaporkan sebuah bom telah meletup di hadapan sebuah pangsapuri di Desa Tun Razak, Cheras. Letupan tersebut telah menyebabkan dua kecederaan serius dan kerosakan kecil kepada sekurang-kurangnya lima unit yang lain.

Berita lanjut menyusul kemudian.

Kemaskini 1:30 Petang

Kejadian Letupan Bom di Desa Tun Razak, Cheras

Pemilik unit tersebut di tingkat 12 yang berusia 51 tahun mendengar pintunya diketuk sekitar 08:30 dan menemui sebuah kotak di hadapan pintu rumahnya.

Dia kemudiannya memanggil kedua-dua orang pekerjanya untuk memeriksa kotak tersebut.

Ketika mereka membuka kotak itu, terjadinya letupan dan menyebabkan luka terbakar 70% pada seorang wanita, 51 dan seorang lelaki, 38. Kedua-duanya ditempatkan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

OCPD Cheras, ACP Ahmad Amir Mohd Hashim berkata polis tidak menolak kemungkinan persaingan perniagaan sebagai motif di sebalik pengoboman itu walaupun pemilik pangsapuri menafikan bahawa beliau pernah menerima sebarang ancaman.

Pemilik pangsapuri tersebut menjalankan perniagaan kafe internet (CC) dan restoran di bahagian bawah pangsapuri.

beliamuda: Harapnya kejadian ini tiada kaitan dengan sebarang isu perkauman seperti yang digembar-gemburkan pada awalnya.

Comments

14 responses to “Bom Meletup Di Desa Tun Razak, Cheras”

  1. wawa Avatar

    haih..macam-macam! betul! harap2 xde kena mengena dengan isu perkauman…

  2. Fitrihadi.com Avatar

    ish bahaya gak kalau selalu jadi gini..tak nak kang jadi cam palestin..nak gaduh2..adoii

    1. beliamuda Avatar

      @Fitrihadi.com, harap-harap ianya hanya masalah salah faham yang kecil sahaja dan tiada lagi di masa depan.

  3. fahmi ibrahim Avatar

    adeh… bahaya betul sekarang ni. Dah pandai men bom2 pulak..

  4. kuyam Avatar

    siap bom2 pulak..apa lah nk jadi dunia skrg ni

    1. beliamuda Avatar

      @kuyam, nak jadi medan perang kot?

  5. hazwan Avatar

    ehh..biar betol

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan, betul la ni…

  6. Ayie Avatar

    Wahhh dah nak raya… dia nak bom orang pulak ker???

    1. beliamuda Avatar

      @Ayie, mungkin masalah pasal bisnes kot?

      1. Ayie Avatar

        @beliamuda, dulu… jiran aku pun ada kes mcm ni jugak… cina.. dia buat bisnes yang boleh dikatakan salah kalau kita rujuk undang-undang negara malaysia ni 😀 Then.. ada orang yang tak puas hati dengan dia.. letak bom depan pintu rumah dia. Nasib la dia tak bukak kotak tu. Dia terus panggil polis untuk cek kotak tu. Terus jumpa bom. Kalau tak.. Dah tentu rumah aku pun meletup aishhh

  7. duan Avatar
    duan

    aku kenal mangsa..bukan bisnes cafe cyber..tapi mesin judi..nasib ler

  8. Pisyek Avatar

    dah g usha tempat kejadian… tinggal rangka je.. hoho…

  9. mrs jamal Avatar

    aduhai..dekat2 nak raya ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge