Kenapa Mereka Senyap Apabila Saya Menjawab Soalan Ini?

Salam sejahtera buat semua.

kenapa-artwork

Suatu masa dahulu, saya sering ditanya pelbagai soalan. Terutama oleh rakan-rakan yang baru saya kenali. Pastinya soalan itu adalah soalan yang biasa ditanya oleh orang yang baru berkenalan dalam mengenal lebih rapat rakan tersebut.

Dalam banyak-banyak soalan ni, ada satu soalan yang sering ditanya kepada saya namun mengundang bisu apabila saya menjawabnya. Apakah soalan tersebut dan mengapakah mereka diam apabila saya memberikan jawapan?

Nak tahu soalan tersebut? Baca di bawah:

“Ayah ko kerja apa?”

Lantas, saya memberikan jawapan berikut sebagai respon kepada persoalan yang ditanya itu:

“Ayah aku kerja kat bengkel membaiki kereta”

Sebaik sahaja jawapan diberikan, mereka terus senyap dan kelihatan menyesal mengajukan pertanyaan itu. Saya tak tahu di mana silapnya pertanyaan itu dan apa kurangnya jawapan yang diberikan oleh saya. Saya juga tidak pernah bertanya balik. Dah orang pun senyap, takkan nak terjah dia balik kan?

beliamuda: Pernahkah rakan-rakan semua menghadapi situasi yang seperti di atas?

47 thoughts on “Kenapa Mereka Senyap Apabila Saya Menjawab Soalan Ini?

  1. haha…
    xde pe nk dimalukan dgn pekerjaan bapa kita..
    patut bangga ade la…..
    ayah aku kerja kat pertanian…
    penah ikut dia gi ladang,jd petani sawah,jadi pesawit..
    bangga ade pengalaman cam tu yg hanye ayah kita bleh bg…

    take advantage of that.to have a better life (^_^)

  2. Emm soalan tu biasa je ditanya sebab awak belajar di UTP, mungkin. Kebanyakan student situ kan ayah diaorg PET.

  3. selalu akan cuba mengelak bila org tanya soalan2 ni:
    asal mana? ermm…dekat2 je…
    ayah kerja apa? ermm…ada je kt utp ni.
    oh..keje ape? staff? admin? registry? technician? ermmmmmmm..lecturer
    o0oooooooo0 (yg bertanya terdiam)
    .-= along rufaidah´s last blog ..Tautkanlah ikatannya =-.

      • @beliamuda, betol tu cme aku ada perasan mmbe aku bile dorg tny ayh aku keje ape mmg akn bkak topik lain..bkn dorg kerek ke ape cme takut mngguris hati kita.
        tp aku bngga ngn ayah aku..sklh smpai drjh 6 jugak tp blh je sara hdup aku sekeluarga..=p
        .-= din´s last blog ..Kalau Dah Boring =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge