Salam sejahtera buat semua.

Suatu masa dahulu, saya sering ditanya pelbagai soalan. Terutama oleh rakan-rakan yang baru saya kenali. Pastinya soalan itu adalah soalan yang biasa ditanya oleh orang yang baru berkenalan dalam mengenal lebih rapat rakan tersebut.
Dalam banyak-banyak soalan ni, ada satu soalan yang sering ditanya kepada saya namun mengundang bisu apabila saya menjawabnya. Apakah soalan tersebut dan mengapakah mereka diam apabila saya memberikan jawapan?
Nak tahu soalan tersebut? Baca di bawah:
“Ayah ko kerja apa?”
Lantas, saya memberikan jawapan berikut sebagai respon kepada persoalan yang ditanya itu:
“Ayah aku kerja kat bengkel membaiki kereta”
Sebaik sahaja jawapan diberikan, mereka terus senyap dan kelihatan menyesal mengajukan pertanyaan itu. Saya tak tahu di mana silapnya pertanyaan itu dan apa kurangnya jawapan yang diberikan oleh saya. Saya juga tidak pernah bertanya balik. Dah orang pun senyap, takkan nak terjah dia balik kan?
beliamuda: Pernahkah rakan-rakan semua menghadapi situasi yang seperti di atas?
eh,kenapa?
sy juga xthu~
.-= kuyam´s last blog ..pandai-pandailah cabut sendiri duri di hati =-.
@kuyam, tu la pasal…
sebab diorang rasa kerja kat tempat membaiki kereta cuma membaiki kereta je kut.
“ayah saye kerja jual sampul surat.”
.-= ikin´s last blog ..gangguan semasa exam =-.
ayah saya dulu tanam padi je
.-= penaberkala´s last blog ..NASI LEMAK AYAM GOLEK =-.
@penaberkala, Abah saya lahir dari golongan pesawah, penoreh getah dan pengembala lembu (petani jugak la)..
Nenek belah ibu dulu kerja sebagai tukang dobi je…
diorang simpati kot..
.-= master´s last blog ..Quran abad 21 =-.
teringat masa pensyarah aku tanya nie, member2 aku sume nak cover baik punya bapak dorang keje ape, sampai time aku selamba je aku jawab “bapak saya menoreh getah.. tapi sekarang dah pencen sebab dah tua, anak2 pun dah besar”
lecturer aku puji aku sambil perli member2 aku yang kononnya malu dengan kerja bapak sendiri..
hello? takde bapak kau, ko tak masuk u ok..
.-= menteil´s last blog ..Aku Sebagai Pengundi =-.
@menteil, setuju cakap menteil..proud of our family.. 🙂 biarpun kerja pomen ke , kantin dan sewaktu dengannya.. 🙂
.-= zik´s last blog ..Cara nak lebatkan rambut. =-.
@menteil, saya teruja dengan jawapan yg diberikan oleh encik menteil.. sangar efektif dan direct.. syabas
.-= syahirul´s last blog ..Melihat Allah di Syurga pada Hari Kiamat =-.
@menteil, terbaik le jawapan ko.. aku pun pelik napa le kkdg tu sstgh org malu sgt nak bagitau ayah dia kerja apa.. huhuhu..
.-= Ramdzi´s last blog ..Celcom Broadband Bikin Panas =-.
Aku memang jawab biasa je kerja kampung..
ala apa nak malukan..
tapi soalan tu ok ada jawapan..
kalau soalan cepumas, memang aku tak de jawapan..
@zool, macam boleh agak je soalan cepumas tu… 🙂
bila masa tang anak-anak pula, lain cerita
bila jawap ‘ freelance landserveyor’
cikgu pula yang tanya, tu keje apa
bila anak kak jie cakap, dulu masa sekolah kita nak buat, abah saya yang jadi juruukur..
p/s – kak jie tak faham kenapa mesti diam…mungkin selalu jumpa bangsa lain yg kerja kat bengkel
.-= Kujie´s last blog ..Jangan Ikut Cara Ariff Shah =-.
@Kujie, kalau kerja yang tak ramai orang buat ni, pening juga nak menjelaskan. tapi kalau ada ayat yang mudah, senang la nak bagitau…
bapak saya kerja telekom.tanpa bapaku dan ibuku tiadalah diriku ini. ape-ape pon semua itu dengan izin Allah
.-= safwan yg jujur´s last blog ..Ada apa dengan Tasmanian Devil… =-.
bapak saya kerja kilang tapi mampu membesarkan ketiga-tiga anak sampai masuk U… Bangga dengan beliau! =)
.-= aini´s last blog ..Bila Teh Panas Bertukar Menjadi Teh Ais =-.
erm bagus jawapan ko sbb berterus terang.. remaja sekarang ni (tak semua) kalo malu ngan pekerjaan mak atau ayah, mesti cover kaw2 nya.. ape la depa ni..
.-= syahirul´s last blog ..Melihat Allah di Syurga pada Hari Kiamat =-.