Salam sejahtera buat semua.
Ok, tajuk saja kasi gempak. Padahal satu malam je pun keluar ke bandar Ipoh tu. Ini adalah sebuah catatan perjalanan tidak dirancang dan dilaksanakan secara rambang. Ini juga adalah kesinambungan kepada entri yang lalu iaitu gambar jejaka kacang.
Keputusan Rambang Kepada Sebuah Perjalanan Tidak Dirancang
Pukul 5.30 petang, hari Sabtu yang lalu, pintu bilik diketuk dengan galaknya. Akmal dan Fauzi datang mengejut untuk mengajak saya turut serta ke Ipoh. Tujuan asal, untuk ke PC Fair di Stadium Indera Mulia, Ipoh dan mencari hp baru untuk Fauzi yang dah terlalu lama kepingin mendapatkannya.
Ajakan bersahut, maka kami berlima, termasuk Shamsul dan Muzakkir keluar hampir pukul 6 petang sambil meredah hujan yang kadang kala lebat. Sedingin keadaan di luar, dingin juga keadaan di dalam kereta. Namun suasana dihangatkan dengan lawak sengal daripada mereka-mereka yang memang mulut tak reti duk diam ni.
Destinasi pertama kami adalah mencari kedai makan sebab masing-masing dah lapar dan petang pun dah beransur bertukar malam. Nak cari tempat nak makan pun boleh jadi masalah. Banyak pilihan, tapi tak tahu nak pergi mana satu. Akhirnya, restoran Laksamana Cheng Ho menjadi pilihan.
Kebetulan pula Akmal yang memandu kereta tak pernah lagi jejak kaki ke restoran tu. Kami sebelum ni (semester lepas) telah mengadakan jamuan Dinner ChemE Jan07 di restoran Laksamana Cheng Ho. Teringat pulak saat-saat manis masa malam tu (jadi organizer – bendahari). Tak sabar untuk Dinner ChemE sem ni. ^_^
Sesudah makan, kami terus ke masjid yang ada di kawasan Greentown tu untuk solat maghrib. Walaupun dah dua kali sampai ke sini, saya tak tahu pula nama masjid ni. Kalau ada yang tahu tu, sudi-sudikanlah berkongsi nama masjid tu.
Misi Membawa Pulang Nokia E66
Sesudah solat, kami terus ke Greentown Mall dalam misi untuk membawa pulang hp Nokia E66 yang ingin dibeli oleh Fauzi. Sebagai pengguna Nokia, kehadiran saya diperlukan (ayat poyo) sebab sebelum ini Fauzi adalah pengguna setia Sony Ericsson. Pusing punya pusing gerai hp dalam tu sebab nak cari harga yang paling murah, tapi last-last terlepas jugak sebab dah disambar orang.
Layan hp baru~
Sebab Fauzi ni memang dah nak sangat dengan Nokia E66, dia angkat la jugak daripada gerai yang mula-mula sekali kami singgah. Sejam jugak duk pusing survey harga. Kena pulak promoter tu (Amoi, tapi Islam rasanya) menjadi daya penarik untuk Fauzi membeli di situ, sampaikan…. (Fauzi, sila sambung sendiri)
Miting jap nak wat apa lepas ni…
Tercapai sasaran utama misi ke Ipoh kali ni, kami bercadang untuk ke Kinta City aka JJ. Dalam perancangan, sama ada tengok muvi ataupun main boling. Tapi akhirnya, dua-dua tak buat sebab muvi memang dah penuh (Iron Man 2 dan Ip Man 2) dan rakan-rakan semua ketiadaan mood untuk berboling. Sambil lepak kejap di situ, sempat snap macam-macam gambar…
Kacang Menglembu dan Jom Karok!
Hampir tengah malam, kami bertolak keluar dari JJ. Kalau masa masuk tadi jem sesangat di bahagian parking, masa keluar keadaan dah jadi lengang. Arah tuju kami seterusnya ialah Shogun Batu Gajah untuk karaoke. Tapi sebelum tu singgah dulu di kedai mamak jap untuk supper. Sebelum tu lagi, kami sempat menangkap gambar di bulatan kacang, Menglembu.
Jom makan kacang Menglembu!
Kami singgah di sini sebab simbol kacang tu adalah simbolik kepada seseorang. Turun kereta je, terus salakan anjing menyambut kami. Nasib baik anjing tu diikat. Tanpa ditunggu-tunggu, kami ke bulatan yang ada binaan kacang tu. Tak cukup pengcahayaan untuk tangkap gambar malam tu, dua hp menyumbang flash dan satu lagi menyuluh dengan cahaya LED hp Nokia 1100. Tangkap gambar dengan Nokia 5800 XM je pun…
Masa nak blah daripada situ, ada dua ekor anjing yang berkeliaran dekat kawasan tu. Apa lagi, masing-masing lintang-pukang la masuk dalam kereta. What a moment!
Lepas tu pergi karok dan menjerit puas-puas di Shogun Batu Gajah sampai rasa nak pecah anak tekak hampir sejam setengah sebelum beransur pulang semula ke UTP. Tengah syok karok tu, boleh pulak bateri kedua-dua hp habis. Satu hp tu sebab memang bateri dah tinggal satu bar dan satu lagi sebab banyak sangat guna flash untuk tangkap gambar.
“Malam ni abang balik lambat tau”
beliamuda: Berakhirnya presentation PCS pagi tadi. Kesilapan paling besar, tidak menghidupkan suasana presentation tu (setup stage) tapi ada dua rakan yang dah mula guna WordPress selepas presentation tu… 🙂
masjid hospital ipoh?
aha, cheng ho memang mahal.
tp kalau kat dataran murah. makanan pon sedap.
.-= kasih´s last blog ..anak degil itu.. =-.
@kasih, ye kot. hehe.. tak tahu nama.. yg dekat2 tu la…
lorr..kawan kacang rupenye incik beliamuda ni..hahaa..kem salam kat incik kacang ea..
@wawa, dia kirim salam balik.
Pingback: Jadual PIKOM PC Fair 2010 (II) | beliamuda {dot} com