(Notis Awal) Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2010

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Semakan Matrikulasi Sesi 2010/2011]

Saya telah dihujani dengan pelbagai soalan yang kebanyakannya berbunyi begini (terutama selepas keputusan SPM 2009 diumumkan);

Saya terlepas membuat semakan keputusan matrikulasi tempoh hari, macam mana?”

Macam mana mahu menyemak keputusan matrikulasi 2010?

Saya faham bagaimana perasaan pelajar lepasa SPM yang tidak sabar menunggu keputusan Matrikulasi yang akan menentukan hala tuju pembelajaran mereka seterusnya, tapi saya dapati terdapat salah faham tentang keputusan permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2010 ini.

Ramai pelajar yang tersalah anggap semakan permohonan Matrikulasi pada bulan Februari tempoh hari sebagai semakan keputusan kemasukan ke Matrikulasi. Semakan itu adalah (seperti yang tertulis dalam entri tersebut) adalah untuk melakukan pembetulan kepada data-data dalam permohonan Matrikulasi sesi tahun ini. Keputusan kemasukan dijangka akan diumumkan pada pertengahan April.

Ada juga yang risau kerana mereka tidak melakukan semakan / pembetulan dalam tempoh berkenaan. Saya difahamkan yang semakan / pembetulan tersebut adalah untuk suatu yang harus. Maknanya, jika tiada keperluan, anda tidak perlu melakukannya. Bagi yang masih risau atau ada apa-apa masalah berkaitan, anda disarankan untuk menghubungi terus Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti di bawah:

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4100 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.

beliamuda: Penjelasan penuh mengenai Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011

61 thoughts on “(Notis Awal) Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge