Salam sejahtera buat semua.
Sub-kontraktor TM sedang memasang kabel telefon
Aknirnya, setelah dua bulan, deringan telefon di rumah dapat didengari semula. Hari ini, kerja-kerja pemasangan kabel telefon yang dicuri hampir dua bulan yang lalu iaitu pada 18 januari telah dilaksanakan.
Bukan sahaja talian telefon telah kembali normal, malahan talian streamyx telah dapat digunakan semula. Nasib baik saya tak sempat habiskan had bandwidth dalam BB maxis tu.
Kerja-kerja pemasangan ini berjaya disempurnakan dalam tempoh beberapa jam. Sekitar pukul 4 petang, talian telah berjaya disambung semula.
Sebenarnya, baru dua hari lepas saya ke Kedai TM buat kali kedua untuk permohonan rebat (bagi talian telefon dan streamyx). Kalau dah dua-dua tu guna pakej, guna ke tak masih kena bayar pada harga yang ditetapkan. Kalau terlebih lagikan ditambah. Apa salahnya kalau tak guna lagi dikurangkan bayarannya?
Ok, sekarang baru rasa tak segan nak buka blog dan laman web yang banyak gambar + video. Harapnya streamyx berfungsi dengan baik.
beliamuda: Baik je nada dalam entri ni. Harap tak marah-marah seperti masa kabel telefon diputuskan tu la…
kat kg kawe ni, dah 3 tahun TM xpasang2 kabel sbb TM dah fade up dah..asik kena curi je..sbb tu xleh nak pasang streamyx kt umah kampung kawe ni..tolol molek la
@x-po, pergh, ado jugok lagu ni. ~_~
patut la laju je update
dh dpt streamyx
jelesnye
hak2
.-= duranian´s last blog ..#20 frust!!!!! =-.
@duranian, lepas gina. ^_^
samerlah yg berlaku kat tempat saya,, ade ‘orang pandai’ curi kabel tu..nasib baik selesai dalam lima hari je sbb rmai orng buat report..
@fatin, itu baguslah. kat sini kalau sorang je yg wat, mmg lambat la…
salam…
waaa..nasib kita serupa…kabel sering kena curik…bil tetap kena bayar…
.-= pak long´s last blog ..Buat vedio-clip mudah =-.
@pak long, kena pohon rebat la. rugi la kita cmni.
siapa la yg rajin sgt curi kabel tu..tak de keja lain nak buat agaknya
.-= aizuddin´s last blog ..Buat Entri Dengan Menggunakan Windows Live Writer =-.
apa leh buat, tiada kesedaran pikir soranng. ingat curi kabel ni bagus
Hit Me back
.-= Mr.kroit´s last blog ..Mengelak PC anda Dari Keylogger =-.
bgus aa dh blh guna~