Merangkai Kata Yang ke-200

Selamat sejahtera buat semua.

entri-200

Hari ini ada sejarah tersendiri. Hari ini, hari pertama saya menempuh Final Exam yang dimulai dengan Probability and Statistic. Habis pening kepala bermain dengan nombor dan angka untuk dicari kebarangkalian dan statistik berkaitan. Nasib baik buku formula yang tebal tu ada kebanyakan rumus yang panjang lagi pelik tu…

Titisan gerimis pagi mengiringi perjuangan kita.

Perang pertama telah bermula.

Nasib baik tak sejuk sangat dalam dewan. Jelas sekali pelajar lelaki menguasai dewan untuk subjek ini. Maklumlah, kebanyakan yang mengambil peperiksaan dalam dewan ini bermula daripada awal huruf sehinggalah huruf M.

Hari ini juga, entri ini adalah entri ke-200 yang ditulis dan dipaparkan di blog ini. Sempena entri yang ke-200 ni, jom kita tengok statistik terkini blog beliamuda {dot} com.

beliamuda dash stat

Komen spam dua kali ganda daripada komen biasa (tidak ditunjukkan)

Melangkah ke entri yang ke-200, penulisan blog ni masih belum lari daripada berkisar tentang diri sendiri. Maklumah, blog peribadi. Banyak juga menerima teguran dan pendapat daripada rakan dan pembaca. Terima kasih di atas semua itu. Saya amat menghargainya.

Untuk menghubungi saya, boleh gunakan Hubungi.

Untuk membaca mengenai diri saya, boleh baca di Mengenai Penulis.

beliamuda: [1] sedih dan terkejut bila baca di status Gtalk seorang rakan yang mungkin akan membawa diri daripada jurusan Kejuruteraan Kimia pada semester depan… [2] terkejut juga apabila Utusan Malaysia mempraktikkan skil photoshop dalam gambar di akhbar mereka tapi terkantoi dengan Berita Harian dan Harian Metro.

Comments

20 responses to “Merangkai Kata Yang ke-200”

  1. Kujie Avatar

    dewan tak boleh sejuk sangat, nanti otak beku

    gudluck!
    .-= Kujie´s last blog ..Kiitos hyvää =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Kujie, tangan je yang selalu beku.. sejuk sangat… meremang bulu roma…

  2. x-po Avatar

    tp aku pelik la, nape utusan nk buang plak logo BN tu? padahal dia kan partner baik BN
    .-= x-po´s last blog ..DALAM DILEMA, APA NAK BUAT NI? =-.

    1. teh Avatar

      @x-po,

      haha
      malu ah beb
      ada pulak lambang parti aku kat rumah yang ada kes bunuh <–kata org BN

      1. beliamuda Avatar

        @teh, haha.. best je ayat eh..

    2. beliamuda Avatar

      @x-po, ada lak kes kata gambar yang sampai kat pereka grafik dah mmg takde logo BN.. macam2 la..

  3. hazwan Avatar

    lupakan probstat…
    .-= hazwan´s last blog ..Exam Fever =-.

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan, lupakan semua yang berlalu…

  4. penaberkala Avatar

    tahniah,sudah 200
    semoga beliamuda terus maju di arena ini!
    pepun,study2..final 4 paper lg,hak3
    .-= penaberkala´s last blog ..WEBSITE =-.

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, terima kasih.. seminggu berhenti ni.. (lambat balas komen, sibuk studi.. :P)

  5. ikin Avatar

    sudah 200..
    good luck for the next papers!

  6. nazra Avatar

    naz nak cari la 1st komen naz kat blog ni dulu, apa yg naz taip 😀

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, jpe tak apa yang naz tulis kali pertama tu? kalau tak jpe, nnt saya cari…

      1. nazra Avatar

        @beliamuda, hehe takda lak jumpa. silakan cik belia cari 😀
        .-= nazra´s last blog ..Siapa sebenarnya Nazra ni? =-.

          1. nazra Avatar

            @beliamuda, haha dah baca 1st komen tu. ntah apa2 la ayat yg naz taip -___-”
            .-= nazra´s last blog ..Tika zaman kuliah menggamit diri… =-.

  7. hafsah Avatar
    hafsah

    Probability and Statistic sangat best lah….
    terkenang waktu study subjek ni dulu

    1. beliamuda Avatar

      @hafsah, haha.. memang best.. 😛

  8. teh Avatar

    oh aku rindu statistik
    aku da lama tinggalkan bende kira2 ni
    huhuhu
    padahal aku paling suka kira2

    1. beliamuda Avatar

      @teh, statistik banyak sangat main ngan data… mata pun dah jadi simbol2 berkaitan.. %_% $_$ #_#

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge