Salam sejahtera buat semua.

Sejak kebelakangan ni, semakin ramai rakan-rakan yang mempunyai akaun di Facebook (FB). Tidak kiralah rakan-rakan satu jurusan mahupun rakan-rakan zaman persekolahan. Tidak kurang juga cikgu yang pernah mengajar saya suatu masa dulu.
Beberapa minggu lalu, saya ditunjukkan profil FB kepunyaan seorang rakan. Terus, dia mengajak saya untuk turut sama mempunyai akaun FB. Keesokannya, seorang lagi rakan menunjukkan profil FBnya. Dia pun turut sama mengajak saya.
Entah kenapa susah sangat saya nak buat akaun FB ni. Mungkin sebab dah ada akaun Friendster (FS) kot. Sejak akhir-akhir ini, makin ramai rakan yang beralih arah ke FB menyebabkan FS ditinggalkan lesu. Saya sendiri pun semakin jarang membuka akaun FS.
Beberapa hari lalu, semasa sedang berbual dengan adik saya, dia menyatakan yang dia pun dah ada akaun FB. Baru je aktif di Internet. Padahal, akaun FS pun dia baru ada, sekali dah ada akaun FB. Adik saya yang seorang lagi pun dah ada jugak.
me: ni duk baca manga ko?
me: ko wat gpo
Ani: duk ym ke ni
Ani: hahahaha
Ani: bleh gok
Ani: ni tgh duk fb
Ani: heheheh
me: facebook?
me: ado ko?
Ani: ado
Ani: abe ado?
me: haha
me: mne ado
Ani: mete2 la dy ado blog
Ani: huh
me: haha
Facebook Milik Yahudi?
Isu FB merupakan kepunyaan Yahudi menjadi perdebatan antara mereka yang mempunyai akaun FB. Mark Zuckerberg, merupakan seorang Yahudi dikatakan turut sama terlibat dalam pembiayaan kempen Zionis di Palestin. Saifulislam sendiri ada mengulas isu ini.

Oleh kerana isu ini, ada juga rakan yang mempunyai akaun FB terus sahaja menutupnya. Ramai juga yang timbul rasa ragu-ragu untuk membukan akaun di FB. Majalah Al-Islam sendiri ada mengeluarkan artikel “Zuckerberg guna Facebook untuk bunuh penduduk Palestin” keluaran September 2009.
Dalam keadaan ini, serba salah juga rasanya untuk mempunyai akaun di FB. Ada lagi tuduhan menyatakan FB digunakan sebagai medium untuk mengintip seluruh umat manusia di dunia ni. Katanya, sistem FB yang canggih ini disokong oleh badan perisik Amerika, CIA.
Sebagai info, Internet sendiri merupakan satu jaringan rangkaian yang dibina daripada ARPANET (Advanced Research Projects Agency Network). ARPANET ini dibina oleh United States Department of Defense semasa Perang Dingin, tetapi kenapa tiada pula yang menuduh ini sebagai satu medium pengintipan, sedangkan jaringan Internet itu sendiri mempunyai masalah yang lebih banyak dan berisiko tinggi?
Kelekaan Menggunakan Facebook
Facebook turut dikaitkan dengan ketagihan penggunaan. Ini disebabkan oleh aplikasi, permainan dan kuiz yang kebanyakannya tidak membawa apa-apa faedah. Ramai yang membazir masa menghadap FB semata-mata untuk bermain permainan yang disediakan.

Ini merupakan salah satu faktor yang mungkin menjadi penghalang kenapa saya malas sangat nak buka akaun FB. Tapi, seperti yang diketahui rakan, saya bukannya seorang yang mudah ketagih dengan permainan komputer. Kelekaan penggunaan FB secara berlebihan boleh membawa kepada hukum HARAM (sila rujuk artikel di Saifulislam).
Berhubung dengan Rakan-Rakan
Salah satu sebab utama kenapa saya oleh diajak rakan untuk mempunyai akaun FB adalah sebagai medium perhubungan. FB, sebagai salah satu rangkaian sosial yang popular di dunia menjadikan ia sebagai satu medium yang sangat ideal untuk berhubung.
Saya sebenarnya lebih aktif di Twitter (tangga kedua penggunaan rangkaian sosial). Tapi, tak ramai pulak kawan-kawan yang aktif di sana. Mungkin sebab twitter ni hanya ada ayat-ayat dan huruf-huruf sahaja, menjadikan ia kurang diminati. Bagaimanapun, Twitter telah menjadi antara medium sebaran berita yang pantas.

Untuk pengetahuan rakan-rakan dan pembaca, jika kata kunci “Muhammad Hanifi” dicari di Google, dua hasil carian teratas dimiliki oleh saya. Kedudukan ketiga barulah dimiliki oleh seseorang yang mempunyai nama hampir serupa di FB. Kebanyakan hasil carian di muka pertama ini merujuk kepada saya. Mungkin sebab nama ni jarang digunakan…
beliamuda: mohon pendapat rakan-rakan dan pembaca dalam hal ini…
Leave a Reply