2PM: Flash Mob di Tepi Jalan?

Salam sejahtera buat semua.

[Izinkan saya ber“gua” pulak untuk kali ini] Gua rasa, hari ini macam ceria sikit. Bangun pagi, semua tenang je. Oh, semalam ada satu subjek yang dah dibelasah habis. Gua rasa, petang tu macam nak sambung studi, tapi letih jauh lebih meresapi. Bantai juga tidur sebab dah penat sangat.

Malamnya, gua rasa semangat nak studi tu datang lagi meresapi. Gua dah bantai habis anime Prince Of Tennis: National Championship untuk kali ke berapa pun dah tak tahu. Semalam memang marathon habis tiga episod terakhir. Konklusinya; tennis is fun, jadi kita sebatikan mengikut keadaan semasa, study is fun!

Punya la gua menikmati pagi gua yang indah, satu video menarik menjadi santapan gua. Ewah-ewah, awek Melayu dah reti menari dowh! Siap buat tarian terbuka lagi tu. Kat tepi jalan kot. Gua rasa, diorang ni memang ingat dah best sangat kot, jadi layan je la kat tepi jalan pun.

Gua ok je kalau orang nak buat Flash Mob ke apa. Asal kena tempatnya cukuplah. Ni, bukan sekadar tempat tak kena, hampir semua yang menari tu taraf-taraf awek kot. Umur berapa. gua tak tahu. Kalau bab nak teka umur orang ni, gua memang fail terus ah.

Gua tahu, yang menari tu kipas-susah-mati 2PM. Apa ke namanya? Myhottest2PM? Gua tak kisah la kalau nak gila-gila dengan artis mana pun. Tak efek sikit pun kat gua. Yang tak best, gua rasa kesian tengok awek-awek yang macam takde rasa malu sikit pun wat tarian macam tu. Ada pulak aksi-aksi gua rasa dah boleh panggil macam haram je.

Sori la. Ni kali pertama gua tulis macam ni. Rasa pelik sikit kalau gua tulis macam ni kan? Gua dah terbawa-bawa dengan mood exam ni. Kalau benda senang, takde la gua tulis macam ni. Ada satu lagi sebab gua tulis macam ni. Sape leh jawab, lu memang bijak ah!

beliamuda: [1] jangan pulak ada yang tanya gua tahu ke tak apa tu Flash Mob… [2] konfem ada yang tak puas hati gua tulis macam ni… [3] dah lama kot gua nak tulis macam ni, cuma emo tak sampai jek… [4] sedikit kredit gua kasi kat Kak Naz

21 thoughts on “2PM: Flash Mob di Tepi Jalan?

  1. hahaha…malaysia pun wat jugak??
    aku ingat orang korea ngan amerika je yg wat menda ni..
    ni semua sbb nak tunjuk sokongan dan suruh leader 2pm supaya kembali semula ke korea dan masuk semula 2pm lepas kontroversi myspace beliau(dia kutuk korea,pastu semua korean marah,pastu dia pun lari ke US=dia korean american)……

    saya tau sket je…(lari sebab malu tau menda camtu..ahhaha)
    .-= hakim´s last blog ..Modern Warfare 2 =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge