Temuduga Krew Kabin MAS

Salam sejahtera buat semua.

[terbaru] Temuduga Krew Kabin MAS untuk Mac/April/Mei 2011.

MAS

Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja bagi mengisi kekosongan pekerja yang telah meninggalkan syarikat dan juga untuk memastikan kakitangan yang mencukupi bagi operasi penerbangan dan ketibaan pesawat baru dengan itu  syarikat akan mengadakan pengambilan baru seperti berikut:-

Sertai Kakitangan Kabin Terbaik Di Dunia

Malaysia Airlines mempelawa anda untuk menjadi sebagian daripada kakitangan kabin kami (Pramugara & Pramugari).
Kami menawarkan pakej gaji yang menarik beserta elaun, kemudahan perjalanan, perubatan dan lain-lain.

Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun semasa tarikh temuduga.
  • Minimum SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta lulus dalam
    Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, matematik dan 3 subjek lain yang diambil dalam satu peperiksaan.
  • Fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa lain adalah satu kelebihan.
  • Sihat tubuh badan dengan penglihatan baik dan tidak rabun warna.
  • Ketinggian minimum 165sm (lelaki) dan 157sm (wanita) dengan berat badan yang seimbang.
  • Memiliki personality dan penampilan yang menarik dan bermotivasi tingging ke arah kecemerlangan di dalam
    khidmat pelanggan.

Jika anda memenuhi kelayakan di atas, sila hadir ke sesi TEMUDUGA TERBUKA KAKITANGAN KABIN KAMI seperti berikut:-

KAWASAN TEMPAT TARIKH KATEGORI
KUALA LUMPUR Malaysia Airlines
Academy  No. 2, Jalan SS7/13,
Kelana Jaya, Selangor
3 Oktober 2009 (Sabtu) Pramugari
10 Oktober 2009 (Sabtu) Pramugara

Waktu pendaftaran : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

Sila bawa bersama surat permohonan, resume, sijil-sijil akademik asal serta salinan  yang disahkan, kad pengenalan dan gambar terbaru berukuran pasport (tidak akan dikembalikan).

Calon-calon dinasihatkan berpakaian kemas (kemeja-t, selipar dan seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali). Calon-calon wanita digalakkan memakai kebaya.

Calon yang Berjaya dikehendaki menandatangani Perjanjian Ikat Jamin Latihan. Pengambilan berdasarkan kontrak selama 5 tahun.

Proses temuduga ini dijangka akan mengambil masa yang panjang. Oleh itu anda dinasihatkan bersedia untuk berada dilokasi temuduga sepanjang tempoh tersebut.

beliamuda: sekadar pemberitahuan kepada mereka yang berminat dan layak~

105 thoughts on “Temuduga Krew Kabin MAS

  1. ermmmm…Gaji + elaun sampai X Rm 8000.00…?? kalau x sampai hampehhhh!! harap lagak je buat pe…dalam Kabin x ubah macam Pelayan …je. bawa minum…towel…blanket… hemmm anyway up 2 u. Kerjaya yg bagus…cuma gaji+elaunnya perlu much supperb. Jadi Cikgu Siswazah pun after 8 thn dapat 48 + elaun dah cecah 6000…Pensyarah pun lebih kurang buat PHd after 8-9 years gaji+ elaun ada 7K…X pun doktor or jurutera or senior Pegawai Tentera…Mejar enior pun gaji + elaun ada 6000hmmmm

  2. err..saya agk keliru lah ttg detailed resume..mna nk dapt eh??ku hnya dpt borang mlalui internet,dwnload trus print..bukan kah detailed resume tu utk org yg nak mnymbung smula kja nya sbg pramugari??kalau bg org yg lepasan spm,,mna nak dpt kan resume??please reply..

    • @Sheren Estelle, Resume tu kena la buat sendiri. Tak semestinya harus ada pasal pengalaman kerja. Jadi, masukkan setakat apa yang ada la, pasal pengajian anda sebelum ini dan aktiviti kokurikulum.

  3. hai…kalau bahasa melayu and bahasa english ada lulus jew di peringak SPM…boleh kew i dpt kerja kat airlines??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge