Salam sejahtera buat semua.
Berlalu sudah September 2009 yang merupakan antara bulan paling banyak berlaku perkara-perkara menarik dalam hidup aku. Macam setahun yang lepas jugak la kan. Hmm…
Awal bulan September (lebih tepat lagi pada akhir bulan Ogos), aku baru sahaja pulih kembali daripada demam + selsema + batuk + ulser. Satu kenikmatan terasa bila pulih semula dan rasa cergas. Lepas daripada tarikh ni la baru aku aktif semula menulis.
Kena pula awal bulan ni ada kes Spiderman datang panjat bangunan Menara Berkembar Petronas, Kecoh juga satu Malaysia kan. Manusia yang berada di puncak tertinggi bangunan di Malaysia la katakan. Keberanian yang dipuji mahupun dikeji.
Beberapa hari kemudian, kita dikejutkan dengan kematian ADUN Bagan Pinang yang sekarang sedang membawa satu gelora di sana. Nasib baik tak dilanda tsunami. Kecoh juga dengan penamaan calon di pihak Barisan Nasional. Sampai tenggelam calon di pihak Pakatan Rakyat daripada PAS. Mungkin ini satu taktik juga kan?
Dalam bulan ni juga ada dua entri untuk Melodi d’ Hujung Minggu. Entri pertama bermula pada akhir bulan Ogos. Bermula dengan lagu Nantikanku di Batas Waktu, disusuli dengan lagu drama terbaik Melayu yang sedang hot sekarang – OST Nur Kasih. Entri dalam kategori ini disambung lagi dengan lagu daripada Wali Band – Kekasih Halal yang turut memperihalkan tentang gadis berkerudung merah – satu memori tentang pertemuan pertama yang masih segar dalam ingatan.
Ada tiga entri yang aku masukkan agak menyentuh perasaan (pada aku la). Entri “Suatu perkongsian dari hati dan Jika aku jatuh hati” dan “Jauhnya realiti daripada kesempurnaan fantasi” ditulis dalam ayat tersirat dan puitis (terima kasih kepada Yana kerana memberikan definisi ini). Lagipun, apa yang perlu difahami adalah apa yang hendak disampaikan dan bukanlah apa yang dibaca secara tersurat. Entri seterusnya dilahirkan selepas menonton satu video yang sangat menyentuh hati – Dementia (Going Home). Memang selepas tengok filem pendek tu, rasa sebak dan terharu sangat. T_T
Kebetulan dengan Hari Raya yang disambut pada bulan September, beberapa entri ditulis berkaitan dengan perayaan ini. Dimulakan dengan ketibaan di rumah sehari sebelum raya, disusuli dengan ucapan raya kepada semua pembaca (berserta video lagu rock raya) dan diteruskan lagi dengan entri di awal pagi hari raya (video takbir raya). Satu entri turut ditulis sebagai penghargaan kepada rakan-rakan yang menghantar SMS ucapan raya. Dalam musim raya kali ni, selain sibuk menziarahi sanak-saudara, banyak juga kenduri yang diadakan. Macam biasa, talian telco pun sibuk juga, sampaikan talian Celcom terjejas di seluruh negara.
Beberapa entri santai turut ditulis sepanjang bulan lepas. Entri selepas merdeka daripada Test 1, paling banyak mendapat undian (baca: vote) di IMCurtain berbanding dengan entri-entri lain. Entri menjawab tag turut dimasukkan. Ini kali pertama aku turut mengetag orang lain. Nanti akan ada sesi membedah jawapan tag daripada rakan-rakan.
Hampir dihujung bulan, Google menyambut ulang tahunnya yang ke-11. Entri ringkas sahaja, sekadar dedikasi kepada Google yang banyak menyumbang trafik ke blog ini. Turut dimasukkan entri ucapan selamat untuk mengiringi pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki PMR 2009 bermula 7 Oktober nanti. Entri terakhir dalam bulan lepas agak menyedihkan. Berita gempa bumi di Padang, Sumatera yang turut menggegarkan bumi Malaysia menjadi pilihan. Nasib baik tiada tsunami yang terjadi.
Bulan Oktober yang mendatang merupakan satu bulan yang akan dipenuhi dengan kesibukan akademik. Test 2 akan menyusul sebelum final exam dalam bulan 11. Pelbagai presentation untuk lab juga akan mengambil tempat. Kebetulan pula tiada study week untuk sem kali ni. InsyaALLAH, dalam kesibukan pun, blog ni tak akan bersawang lama… (^_~)v
beliamuda: adakah entri berbilang pautan seperti ini akan dikenal pasti sebagai spam oleh enjin carian? [aku dah guna “rel=nofollow”] [Gambar diambil daripada Smash Mag]
he…23x aku kurang pasti… tp terlalu banyak tue kan… mybe xkan dianggap spam..coz link2 yang dipasang tidak menuju ke url yg sama… semuanya berbeza kan mengikut entry yg ko ada….
itu pe yang aku tahu…
google selalu tgk if terdapat link yang sama di ulang & di ulang berkali2 di dalam blog… sebab tue xelok jika terlalu byk iklan yg same di dalam blog..
out 1–> he…23x take time gak la nk cite… nie pun dah cover 3cite yang berkaitan he…23x ok pe kan.. ada ape2 yg nk ditanya lg x he…23x
out 2–> bro dok perak..tp terasa gak..mybe sebab dok atas bukit kot huhuhu…. mmg ade bagunan kat kl yg retak.. rase2nye klcc or kl tower leh rase x gegarannya
out 3–> he…23x kekdg mmg ade kes…kite pangil2 dlm hati org teu akan mendengar he…23x mmg ade connected la tue… mybe perasaan as mbe or org teristimewa atau mybe frequency dah serasi he…23x if berminat pe lg…teruskan la ek..
out 4–> he…23x bunyi cam byk je dpt duit raya kan..rezeki jgn ditolak…xpayah malu2…tadah je tgn he…23x
peh byk gak komen mu yang baru bro nk reply huhuhuhu
wah ringkasan sepanjang satu bulan 😛
.-= nazra´s last blog ..Surrogates (CAM) =-.
Kak Jie jarang sgt fikir ttg encik google tu..rasa nk link, buat je..
.-= Kujie´s last blog ..Ada yang kata macam tu, ada yang kata macam ni =-.
byk jgk artikel ko utk bln september ye..
.-= ariey´s last blog ..Blogger Tube:Template video Pertama untuk blogspot =-.
@ariey, bukan artikel pun, aku rasa lebih kepada personal je…
bnyk jgk ko tulis bro..tu baru sbln,klu sthn..pergh bole bt satu buku.heheh
nur kasih mmg terbaik..
@azizan4444, pergh.. wat buku.. nak wat boleh je.. tpi spe la kan nak baca.. haha~
@beliamuda, simpan utk ank cucu la bro..hehe..klu web ni ada lg xyah bt nku la..ley bace kt cni
Pingback: Imbas kembali Oktober 2009