Salam sejahtera buat semua.

Mangsa yang terselamat menerima rawatan di Hospital Padang Panjang, Sumatera Barat selepas gempa bumi kuat melanda Indonesia Barat semalam. [Utusan Malaysia]
Satu lagi gempa bumi dilaporkan berlaku di selatan Sumatera awal pagi tadi. Gempa yang berlaku pada pukul 8:52 pagi waktu tempatan (9:52 pagi waktu Malaysia) – 2009 October 01 01:52:30 UTC.
Gempa bumi itu direkodkan pada 6.9 pada skala Richter kira-kira 280 kilometer dari pusat gempa bumi semalam.
Maklumat mengenai gempa tersebut boleh dilihat di laman USGS [maklumat gempa dan kawasan laporan gegaran dirasai].
Dilaporkan, gegaran turut dirasai oleh penduduk yang berada di Johor Bahru. Kebanyakannya adalah mereka yang berada di bangunan tinggi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Larkin mengesahkan menerima lebih 15 laporan mengenai kawasan yang turut terjejas akibat gempa bumi itu sejak pukul 9.57 pagi.
Antara kawasan yang mengalami gegaran di sini termasuk Hotel Selesa, Wisma Landmark, Menara Public, Komtar, Menara Ansar, Bangunan KUmpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Plaza Pelangi dan Jalan Abdullah Tahir di sini.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – Utusan
Ibu Mengandung Terperangkap Hampir Sejam Akibat Gegaran
Ini merupakan kejadian yang berlaku selepas kejadian gempa bumi semalam.
Seorang wanita yang mengandung lima bulan cemas berikutan terperangkap hampir sejam di rumahnya di tingkat teratas pangsapuri 16 tingkat di Presint 14, Putrajaya. Beliau terperangkap di antara pintu rumah dan pintu jeriji di bahagian hadapan rumahnya ketika sedang tergesa-gesa hendak keluar rumah berikutan gegaran gempa bumi yang berlaku petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 petang dan beliau terperangkap kerana pintu rumahnya ditiup angin dan kunci rumah pula tertinggal di dalam rumah.
Seramai empat anggota JPA Putrajaya tiba kira-kira pukul 7.20 malam dan berjaya memotong mangga pada pintu jeriji dan menyelamatkan mangsa.
Sumber : Bernama online
Nasib baik tidak berlaku sebarang bencana susulan seperti tsunami. Nampaknya, Sumatera akan bergegar lagi dalam masa terdekat ni. Mereka yang berada di kawasan berdekatan, seperti Malaysia terutamanya mereka yang berada di bangunan tinggi diharap bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.
beliamuda: patut ah shaking semacam je masa viva PSLP tadi.. haha.. tak boleh blah.. 😛
Leave a Reply