Temuduga Krew Kabin MAS (Mac/April/Mei 2011)

Salam sejahtera buat semua.

MAS

Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja bagi mengisi kekosongan pekerja yang telah meninggalkan syarikat dan juga untuk memastikan kakitangan yang mencukupi bagi operasi penerbangan dan ketibaan pesawat baru dengan ituĀ  syarikat akan mengadakan pengambilan baru seperti berikut:-

Sertai Kakitangan Kabin Terbaik Di Dunia

Jika anda suka mengembara dan bermimpi untuk menikmatinya, sertai MAS sebagai Pegawai Penerbangan atau Pramugara & Pramugari. Kami menawarkan pakej gaji yang menarik dengan faedah, faedah kesihatan dan lain-lain.

Kami menawarkan pakej gaji yang menarik beserta elaun, kemudahan perjalanan, perubatan dan lain-lain.

Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun semasa tarikh temuduga.
  • Minimum SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta lulus dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, matematik dan 3 subjek lain yang diambil dalam satu peperiksaan.
  • Fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa lain adalah satu kelebihan.
  • Sihat tubuh badan dengan penglihatan baik dan tidak rabun warna.
  • Ketinggian minimum 165sm (lelaki) dan 157sm (wanita) dengan berat badan yang seimbang.
  • Memiliki personaliti dan penampilan yang menarik dan bermotivasi tingging ke arah kecemerlangan di dalam
    khidmat pelanggan.

Jika anda memenuhi kelayakan di atas, sila hadir ke sesi TEMUDUGA TERBUKA KAKITANGAN KABIN KAMI seperti berikut:-

Kawasan Tempat Tarikh Kategori
Kuala Lumpur MALAYSIA AIRLINES ACADEMY
No. 2 Jalan SS7/13,Kelana Jaya, Selangor
26 Mac 2011 (Sabtu) Pramugara

dan

Pramugari

Johor THE PUTERI PACIFIC
Jalan Abdullah IbrahimP.O.Box 29380730 Johor Bahru
09 April 2011 (Sabtu)
Kota Kinabalu THE PACIFIC SUTERASUTERA HARBOUR RESORT
1 Sutera Harbour Boulevard
Sutera Harbour
88100 Kota Kinabalu, Sabah
23 April 2011 (Sabtu)
Sarawak PULLMAN KUCHING
No. 1A, Jalan Mathies
93100 Kuching, Sarawak
07 Mei 2011 (Sabtu)
Pulau Pinang
CITITEL
No. 66 Jalan Penang
10000 Penang
21 Mei 2011 (Sabtu)

Sila bawa bersama surat permohonan, resume, sijil-sijil akademik asal serta salinanĀ  yang disahkan, kad pengenalan dan gambar terbaru berukuran pasport (tidak akan dikembalikan).

Calon-calon dinasihatkan berpakaian kemas (kemeja-t, selipar dan seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali). Calon-calon wanita digalakkan memakai kebaya.

Calon yang berjaya dikehendaki menandatangani Perjanjian Ikat Jamin Latihan. Pengambilan berdasarkan kontrak selama 5 tahun.

Proses temuduga ini dijangka akan mengambil masa yang panjang. Oleh itu anda dinasihatkan bersedia untuk berada dilokasi temuduga sepanjang tempoh tersebut.

59 thoughts on “Temuduga Krew Kabin MAS (Mac/April/Mei 2011)

  1. hmm…beliamuda,kalo ada temuduga nnt inform kat cni k…nnt boleh la kitaorg semua tahu dan bersedia…ari tu yg tahun lepas x dpt p sebab masuk plkn..hhuhu///

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge