Salam sejahtera buat semua.

Gempa bumi 7.9 pada Richter telah dilaporkan berlaku di selatan Sumatera pada pulul 5:16 petang waktu tempatan (6:16 petang waktu Malaysia) – 2009 September 30 10:16:10 UTC.

Keadaan di stesen monorail Raja Chulan
Gegaran ini turut dirasai oleh penduduk Malaysia di sekitar Kuala Lumpur dan juga Melaka. Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand ekoran gempa bumi ini.
Kepada mereka yang berada di pesisir pantai kawasan yang berisiko tinggi, anda dinasihatkan untuk berjaga-jaga dengan keadaan semasa. Kepulauan Samoa yang dilanda gempa semalam turut dilanda ombak besar yang juga turut diberi amaran tsunami.
beliamuda: berita terawal tentang gempa muncul di twitter, dan negara-negara yang diberi amaran tsunami berada dalam trending topic…
Kemaskini
Amaran tsunami telah ditarik balik pada pukul 7:31Pm kerana tiada sebarang ombak besar yang terhasil.
Video tsunami di Kepulauan Samoa
Gegaran turut dirasai di dalam bangunan

Leave a Reply