(Gambar) Sepagi di IRC UTP

Salam sejahtera buat semua.

irc-utp

Information Resource Center (IRC) merupakan satu tempat yang dikenali sebagai perpustakaan dalam bahasa mudahnya. Sebuah tempat yang sangat gah sebenarnya, padam dengan apa yang boleh didapati di dalamnya. IRC UTP sinonim dengan tempat faveret untuk studi di saat-saat akhir.

Tujuan entri ini bukan untuk memperkenalkan apakah itu IRC UTP, tapi sekadar sebuah tulisan yang ditulis semasa aku berada di sana, meluangkan masa bersama rakan-rakan mengulang kaji pelajaran.

***

Cerahnya hari ini, seperti tiada lagi hari yang lebih cerah daripadanya. Aku termenung sendirian di tingkat tiga IRC. Berdiri di hujung rak buku yang menganjur ke depan.

irc-pandang-bawah

Aku memandang sekeliling. Melihat manusia yang bekerja di bawah. Tidak ramai pelajar yang berada di sini. Barangkali, mereka masih dibuai lena hujung minggu di bilik masing-masing.

irc-lengang-2

Cuma segelintir sahaja yang begitu tekun mengulang kaji di sini. Tercemar juga pemandangan ini oleh pasangan-pasangan yang tanpa segan-silu bermesra tanpa menghiraukan batas pergaulan lelaki dan perempuan. Aku tak nafikan, ada secebis rasa cemburu dalam hati. Tapi, cepat-cepat ku memujuk hati agar sedar dan faham akan makna kemanisan sebenar di sebalik perhubungan yang halal dan diredhai Allah.

Aku sengaja beredar sebentar dari meja, meninggalkan buku prob stat yang sedikit memeningkan, menuntut kefahaman dalam ilmu kebarangkalian dan statistik.

irc-baca-buku

Sejenak, tertinjau ke rak buku yang menghiasi panorama di Kompleks Canselor. Jika dipandang daripada luar, kelihatan gah enam tingkat rak buku yang berada dalam IRC yang cuma tiga tingkat ini.

Tiba-tiba, sayu juga hati melihat kemasnya buku ini tersusun. Langsung tidak terusik. Sayangnya, sumber ilmu sebaik ini disia-siakan. Keadaan lengang ini pasti berubah tidak lama lagi. Penghujung lecture week, tanpa study week, pasti keadaan di IRC lebih rancak pada exam week semester ini.

Suasana biasa setiap semester. Suasana yang banyak meninggalkan memori sepanjang sem-sem yang lalu. Masa yang masih bersisa ini akan diisi sebaiknya, untuk mengecap kembali kemanisan sebuah kejayaan. Doakan saya!

11:37AM, 10-OKTOBER-09. Information Resource Center, Universiti Teknologi Petronas (IRC UTP)

Lagi Gambar di IRC UTP

irc-supel-studi

Khusyuknya Shamul a.k.a Supel studi

irc-supelSupel studi sambil dengar lagu

irc-rak-bukuDari celah rak buku – level 3

irc-lengangKeadaan di level 3 yang lengang

irc-irsyadIrsyad sedang membaca buku (puas pujuk untuk ambil gambar)

***

Satu benda tak best terjadi masa aku ke sana ialah alarm kat pintu masuk berbunyi masa aku nak masuk dan keluar. Ni semua buku prob stat punya pasal la. Entah macam mana dia boleh kasi alarm tu bunyi. Nasib baik takde pape yang memalukan dan pelik berlaku. Maunya test satu-satu buku yang aku bawa masa nak keluar tu. Nak pastikan yang mana satu wat hal.

irc utp - google search

Rangking ketiga untuk keyword “utp irc” – tajuk entri best je, kutuk irc sikit-sikit… haha.. 😛

beliamuda: baru perasan dekat Google yang blog rumet aku berada di tempat ketiga untuk kata kunci “IRC UTP”. Moga-moga entri ini dapat mencabar kedudukan entri rumet aku yang satu tu… (^_~)v

*Gambar di atas adalah daripada lensa Nokia 5800 XM dan turut boleh didapati di Flickr beliamuda*

40 thoughts on “(Gambar) Sepagi di IRC UTP

  1. aku ske tdo situ……besh2….lg2 kat area tingkat atas yg mana bwh dia tmpt pak guard menempek….tu meja baekknyr cover…hahaha…x sbr nk balik sne smula..bowsan laak rasenya lelama tyme praktikal ni…rse berkarat lak otak ni…hahaha

  2. mula2 excited…..lelama bowsan gak….ye arrr duk ofis dari pagi smpi petang kot…balik2 da magrib..jln jam..haha…x pat nk men futsal ptg2 ke…klu kat uni…de gap2 leh tdo kat blik…leh men dota ke jap..haha…ni nk men game x pat kot…nty ko intern bwu rse kot….tgk tmpt intern….aku alone ranger…kat stu company swasta ni…..adehh!!!

  3. Pingback: Final Report, CD dan Logbook Internship UTP July 2010 | beliamuda {dot} com

  4. Pingback: Duit Dinar Emas UTP | beliamuda {dot} com

  5. Pingback: Twitpic Sepanjang Minggu #4 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge