Salam sejahtera buat semua.
Information Resource Center (IRC) merupakan satu tempat yang dikenali sebagai perpustakaan dalam bahasa mudahnya. Sebuah tempat yang sangat gah sebenarnya, padam dengan apa yang boleh didapati di dalamnya. IRC UTP sinonim dengan tempat faveret untuk studi di saat-saat akhir.
Tujuan entri ini bukan untuk memperkenalkan apakah itu IRC UTP, tapi sekadar sebuah tulisan yang ditulis semasa aku berada di sana, meluangkan masa bersama rakan-rakan mengulang kaji pelajaran.
***
Cerahnya hari ini, seperti tiada lagi hari yang lebih cerah daripadanya. Aku termenung sendirian di tingkat tiga IRC. Berdiri di hujung rak buku yang menganjur ke depan.
Aku memandang sekeliling. Melihat manusia yang bekerja di bawah. Tidak ramai pelajar yang berada di sini. Barangkali, mereka masih dibuai lena hujung minggu di bilik masing-masing.
Cuma segelintir sahaja yang begitu tekun mengulang kaji di sini. Tercemar juga pemandangan ini oleh pasangan-pasangan yang tanpa segan-silu bermesra tanpa menghiraukan batas pergaulan lelaki dan perempuan. Aku tak nafikan, ada secebis rasa cemburu dalam hati. Tapi, cepat-cepat ku memujuk hati agar sedar dan faham akan makna kemanisan sebenar di sebalik perhubungan yang halal dan diredhai Allah.
Aku sengaja beredar sebentar dari meja, meninggalkan buku prob stat yang sedikit memeningkan, menuntut kefahaman dalam ilmu kebarangkalian dan statistik.
Sejenak, tertinjau ke rak buku yang menghiasi panorama di Kompleks Canselor. Jika dipandang daripada luar, kelihatan gah enam tingkat rak buku yang berada dalam IRC yang cuma tiga tingkat ini.
Tiba-tiba, sayu juga hati melihat kemasnya buku ini tersusun. Langsung tidak terusik. Sayangnya, sumber ilmu sebaik ini disia-siakan. Keadaan lengang ini pasti berubah tidak lama lagi. Penghujung lecture week, tanpa study week, pasti keadaan di IRC lebih rancak pada exam week semester ini.
Suasana biasa setiap semester. Suasana yang banyak meninggalkan memori sepanjang sem-sem yang lalu. Masa yang masih bersisa ini akan diisi sebaiknya, untuk mengecap kembali kemanisan sebuah kejayaan. Doakan saya!
11:37AM, 10-OKTOBER-09. Information Resource Center, Universiti Teknologi Petronas (IRC UTP)
Lagi Gambar di IRC UTP
Khusyuknya Shamul a.k.a Supel studi
Supel studi sambil dengar lagu
Dari celah rak buku – level 3
Keadaan di level 3 yang lengang
Irsyad sedang membaca buku (puas pujuk untuk ambil gambar)
***
Satu benda tak best terjadi masa aku ke sana ialah alarm kat pintu masuk berbunyi masa aku nak masuk dan keluar. Ni semua buku prob stat punya pasal la. Entah macam mana dia boleh kasi alarm tu bunyi. Nasib baik takde pape yang memalukan dan pelik berlaku. Maunya test satu-satu buku yang aku bawa masa nak keluar tu. Nak pastikan yang mana satu wat hal.
Rangking ketiga untuk keyword “utp irc” – tajuk entri best je, kutuk irc sikit-sikit… haha.. 😛
beliamuda: baru perasan dekat Google yang blog rumet aku berada di tempat ketiga untuk kata kunci “IRC UTP”. Moga-moga entri ini dapat mencabar kedudukan entri rumet aku yang satu tu… (^_~)v
*Gambar di atas adalah daripada lensa Nokia 5800 XM dan turut boleh didapati di Flickr beliamuda*
hahahahaha..
study siot..
final exam dah dekat erk?
hahaha..
giler arr..
besar giler libarary…
U mana laa ni..
kuikuikui
.-= Jaws´s last blog ..Portable Solar Project =-.
@Jaws, ada la lam 4 weeks gi.. aku pun kurang pasti la U mne ni.. U tempat ko blaja kot? (^_~)v
hoho..
bagos lah study !! xD
@MrRoll, (^_~)v
rjin benor ye anda stadi..mantap2………. gud luck!!!
@tkas, tak boleh kalahkan tqah gak.. TQ~
nipi,bidang kite laen2 la..xde ape yg awk kalah ng saye nye… btw,awak dah nak abih degree,sy bru je start 1st sem =)
Fuhh.. lawa facility kat sana.. kalau tak boleh study jugak taktau laa.. patut bersyukur dengan kemudahan yang ada.. zaman aku dulu takde lawa2 macam ni 🙂
.-= rezdrake´s last blog .. =-.
@rezdrake, betul2.. kalau setakat facility ada, tpi orangnya masih lagi minda kelas ketiga, x reti nak guna pun x guna juga kan…
aku model x bergaji.
haha~~
@supel, sedih je bunyi.. nnt ajak irsyad blanja minum ke.. haha.. pehal lak kan.. 😛
ngarut arr rumet!!
anyway…kalau guna model..bayar arrr… zaman skang, nak topup pun kena bayar ok!!!
@terry bogart, model sukarela la wei..
bestnye library!!!
kalo saye memang salu aa lepak library. hantu library sejak skola rendah.
tapi PSB UUM best gak hape.
tak tipu, saye jeles dengan irc utp. owh~ (^__~)V
@ikin, rumet saya pun hantu library gak.. 😛
klu aku x jd stdy msk dlm ni..kompem lyn tdo..hehee…mnrik
@azizan4444, layan tido pun best gak.. ada sofa wat tempat tidur.. hehe~
mak aih, beso nya….kolej uni tmpt naz blajar dlu kecik ja. nk duduk tmpt pn kena berebut 😀
wah…berdasarkan gambar2 kat atas…ak dapat merasakan betapa nikmatnya study kat irc tue..huhuhu
.-= shazclan´s last blog ..Kisah Suka Duka (Part 1) =-.