Salam sejahtera buat semua.

Sejak berita Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu syarikat Asia Ceramic Marketing (ACM), pastinya ahli-ahli ceramic tertanya apakah tindakan yang akan diambil. Apakah yang berlaku syarikat? Adakah syarikat ditutup?
Entri saya yang menyiarkan berita BNM menyerbu ACM telah mendapat pelbagai komen daripada pembaca yang kebanyakannya adalah ahli ceramic sendiri. Mereka ternyata risau dan ingin tahu apakah yang terjadi kepada syarikat.
Hari ini, saya telah terbaca di satu blog yang mengatakan ACM telah ditutup. Dalam entri di blog tersebut, penulis merujuk kepada Ceramic Business Club (CBC).
Ceramic Business Club dah tiada lagi. Mungkin bukan rezeki aku. Bukan rezeki ahli2 CBC yang lain jugak. Kenalah aku terima kenyataan ni. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Tambahan pula, beberapa laman web yang dibina sebagai portal Ceramic ini telah dipadam.
Di sini, saya paparkan semula emel balasan daripada BNM kepada saudara Borzack.
Encik Nahar Efendy Bin Noordin,
Kami merujuk e-mel tuan bertarikh 26 Julai 2009.
Kami ingin memaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah memulakan siasatan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat yang berkaitan. Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat yang berkaitan disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram yang melanggar subseksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK) dan juga pengubahan wang haram yang melanggar subseksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaann Keganasan 2001.
Kami ingin memaklumkan bahawa BNM telah berulang kali (melalui surat khabar, iklan dan pengumuman melalui radio dan televisyen) mengingatkan orang ramai supaya hanya menempatkan deposit dan melabur dengan institusi-institusi yang dilesenkan sahaja supaya mereka dilindungi oleh undang-undang perbankan dan sekuriti. Pelabur-pelabur yang melabur dengan institusi-institusi yang tidak berlesen akan berhadapan dengan risiko tinggi kehilangan wang pelaburan. Pelabur-pelabur juga akan menghadapi kesukaran untuk mengambil tindakan undang-undang memandangkan pelaburan itu sendiri tidak sah (haram).
Untuk makluman, jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) ABIK. Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya tuan melabur disini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri. Kami mengesyorkan agar tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja. Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan BNM atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh BNM di laman web kami seperti di pautan berikut:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57
Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh BNM untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.
Tuan juga boleh merujuk kepada laman web Suruhanjaya Sekuriti untuk membuat pengesahan lanjut di pautan-pautan berikut:
1. http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/licenseMain.html
2.http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html
3.http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/IApg_other.htmlSekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke BNM di alamat berikut:
Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Tel.: 03-26985708 / 03-26985724 / 03-26985776 / 03-26985785Harap maklum.
Raja Rohafiza bt Raja Hassan
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Email : bnmtelelink@bnm.gov.my
Selain emel ini, ada beberapa lagi emel yang memaparkan keseluruhan pertanyaan daripada Borzack dan emel balasan daripada pihak BNM. Anda boleh baca sendiri di entri ini.
beliamuda: saya tak dapat nak pastikan benda ni sebab tiada sumber sahih, mungkin anda ada tahu sesuatu yang lebih sahih, jangan malu untuk berkongsi di sini…
Leave a Reply