Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd sudah berkubur?

Salam sejahtera buat semua.

asia-ceramic-diserbu-bnm

Sejak berita Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu syarikat Asia Ceramic Marketing (ACM), pastinya ahli-ahli ceramic tertanya apakah tindakan yang akan diambil. Apakah yang berlaku syarikat? Adakah syarikat ditutup?

Entri saya yang menyiarkan berita BNM menyerbu ACM telah mendapat pelbagai komen daripada pembaca yang kebanyakannya adalah ahli ceramic sendiri. Mereka ternyata risau dan ingin tahu apakah yang terjadi kepada syarikat.

Hari ini, saya telah terbaca di satu blog yang mengatakan ACM telah ditutup. Dalam entri di blog tersebut, penulis merujuk kepada Ceramic Business Club (CBC).

Ceramic Business Club dah tiada lagi. Mungkin bukan rezeki aku. Bukan rezeki ahli2 CBC yang lain jugak. Kenalah aku terima kenyataan ni. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Borzack

Tambahan pula, beberapa laman web yang dibina sebagai portal Ceramic ini telah dipadam.

Di sini, saya paparkan semula emel balasan daripada BNM kepada saudara Borzack.

Encik Nahar Efendy Bin Noordin,

Kami merujuk e-mel tuan bertarikh 26 Julai 2009.

Kami ingin memaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah memulakan siasatan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat yang berkaitan. Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat yang berkaitan disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram yang melanggar subseksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK) dan juga pengubahan wang haram yang melanggar subseksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaann Keganasan 2001.

Kami ingin memaklumkan bahawa BNM telah berulang kali (melalui surat khabar, iklan dan pengumuman melalui radio dan televisyen) mengingatkan orang ramai supaya hanya menempatkan deposit dan melabur dengan institusi-institusi yang dilesenkan sahaja supaya mereka dilindungi oleh undang-undang perbankan dan sekuriti. Pelabur-pelabur yang melabur dengan institusi-institusi yang tidak berlesen akan berhadapan dengan risiko tinggi kehilangan wang pelaburan. Pelabur-pelabur juga akan menghadapi kesukaran untuk mengambil tindakan undang-undang memandangkan pelaburan itu sendiri tidak sah (haram).

Untuk makluman, jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) ABIK. Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya tuan melabur disini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri. Kami mengesyorkan agar tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja. Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan BNM atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh BNM di laman web kami seperti di pautan berikut:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57

Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh BNM untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.

Tuan juga boleh merujuk kepada laman web Suruhanjaya Sekuriti untuk membuat pengesahan lanjut di pautan-pautan berikut:

1. http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/licenseMain.html
2.http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html
3.http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/IApg_other.html

Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke BNM di alamat berikut:

Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Tel.: 03-26985708 / 03-26985724 / 03-26985776 / 03-26985785

Harap maklum.

Raja Rohafiza bt Raja Hassan
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Email : bnmtelelink@bnm.gov.my

Selain emel ini, ada beberapa lagi emel yang memaparkan keseluruhan pertanyaan daripada Borzack dan emel balasan daripada pihak BNM. Anda boleh baca sendiri di entri ini.

beliamuda: saya tak dapat nak pastikan benda ni sebab tiada sumber sahih, mungkin anda ada tahu sesuatu yang lebih sahih, jangan malu untuk berkongsi di sini…

Comments

36 responses to “Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd sudah berkubur?”

  1. hafizhilmi Avatar

    saya hampir2 menyertai skim seramic ni dulu. tapi entah kenapa saya tidak terlepas prinsip saya yg mengatakan ‘untuk dapat habuan/ganjaran besar, usaha perlu kuat dan lebih dari orang lain’. ia sunnatullah.

    hingga kini, saya gagal untuk berminat untuk menyertai mana-mana prog skim yg banyak diiklanlan.

    dengar2, tokey besar ceramic UTm gagal dihubungi oleh downline-nya. apapun, beliau sempat menikmati Mercedes 2 pintu berharga 300k.

    1. beliamuda Avatar

      @hafizhilmi, hehe.. bro Zul tu memang student UTM kan.. kereta Mercedes dia tu memang bleh tahan gak.. dengan number plate CBC ###…

      pernah juga diajak masuk, tapi terasa tak tertarik walaupun bukti dan contoh habuan yang menarik tu ditunjukkan…

  2. ikin Avatar

    memang tak pernah percaya dengan skim dan urusan yang tidak jelas dari segi apapun. terutama dari soal kewangan dan halal haramnye.
    .-= ikin´s last blog ..ketagihan berkayak, wall-climbing, ber-assignment dan berkelab =-.

  3. broSKL Avatar

    aku pun hampir2 nk join skim ni..mana xnya AKU
    .-= broSKL´s last blog ..Fesyen terbaru di poli =-.

  4. broSKL Avatar

    tertekan la plak, smbung.. kan mata duitan hahaha
    .-= broSKL´s last blog ..Fesyen terbaru di poli =-.

    1. beliamuda Avatar

      @broSKL, ($_$)

  5. borzack Avatar

    Di’tutup’ tak bererti Asia Ceramic buat kegiatan haram / bersalah. Ramai juga orang yang dibicara dan dipenjarakan tapi pada hakikatnya tak bersalah. Cuma mungkin syarikat2 macam Asia Ceramic tak dapat la nak ‘melawan’ kuasa besar negara, BNM tuh. Aku MASIH PERCAYA dengan bisnes CBC sebab aku TIDAK PERNAH MEMBERI DEPOSIT. Bukan ahli CBC ni tak paham-pahan dan mungkin keliru…
    .-= borzack´s last blog ..Cek Program Affiliate – USD$176.91 =-.

    1. beliamuda Avatar

      @borzack, well, hal bersalah ke tak, itu dari pandang sisi yang lain.. entri ni hanya bermaksud untuk memberitahu apa yang saya baca di blog saudara…

      lagipun, memang ada pun kan senarai syarikat yang boleh mengambil deposit.. walaupun saudara kata saudara TIDAK PERNAH MEMBERI DEPOSIT, mungkin tafsiran daripada pihak luar adalah berlainan.. mereka tidak berada di dalam dan semestinya mereka tidak tahu-menahu akan hal itu…

      1. borzack Avatar

        @beliamuda, tu la pasal, Asa Ceramic memang la tak der dalam list, sebab TAK ambil deposit 🙂 dah la, malas dah nak pikir, benda dah terjadi pun. Time to move on.
        .-= borzack´s last blog ..Cek Program Affiliate – USD$176.91 =-.

        1. beliamuda Avatar

          @borzack, that’s the +ve thinking.. the past is the past.. we need to focus on something in front of us…

          ~~ingatkan diri jugak neh…

  6. eJiM Avatar
    eJiM

    haha… sbg distributor cbc ak akui mmg CBC da berkubur…malas byk cite kt sini..hehe something great is coming ^_^ ..goodnews for all CBC distributor 🙂 .. ramai agaknya yg da tau..

    1. beliamuda Avatar

      @eJiM, apa yang something great tu? tak nak kongsikan ke?

    2. duta_kl Avatar
      duta_kl

      @eJiM, ak tetap sokong cbc

  7. saudagar lempoyang Avatar

    asalm para pembaca blog beginilah apa yang berlaku tu ada hikmahnya jgn salahkan mana2 pihak bnm buat kerja dia apa yang perlu dibetulkan mana2 yang kurang.Setahu saya kini cbc telah dipertingkatkan tarafnya kepada berhad ini membolehkan sykt berniaga lebih global diseluruh dunia ini yang saya cadangkan pada blog najib oleh itu saya sokong beliau jadi pm kerana pegawai penjawat awam memahami akan kesusahan rakyaat dan cara najib bertolak ansur ini membuatkan pihak kawan dan lawan hormat kpd beliau amin

  8. Luth Textile Avatar

    aku takut dengan busines macamni bro
    .-= Luth Textile´s last blog ..Selamat akhirnya! Desa FM Un – Official Mini Gath 2009 =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Luth Textile, risiko dalam setiap bisnes tu memang ada… cme besar kecik je.. mungkin jadi DJ lagi best kot.. haha

  9. muhamad ali Avatar
    muhamad ali

    di siasat,di serbu xsemesti ye
    bersalah,,,tempoh 3 bln di beri kepada pihat BNM untuk siasat
    kite tegok sama ada asia ceramik still terus operasi ye ke tidak
    sy harap asia ceramik terus maju
    tngu dnan lihat

  10. insan biasa Avatar
    insan biasa

    benda nie kita kena pk secara logik, tafsiran berbeza pada setiap individu yg mendengar, ramai gak kengkawan aku yg join, yg dh dpt duit, pas2 bukak lg besar… Hmm, susah nk ckp, biarlah merekayg bertanggungjawab menyiasat, aku nampak benda nie mcm dia org rolling utk program PPP or ROP, tp sejauh mana leh pusing, wallahualam

    1. saudagar lempoyang Avatar
      saudagar lempoyang

      @insan biasa,asalam tuan pada tarikh 15hb cbc telah disahkan berkubur tingal kenangan tapi jgn gundah gulana kini telah lahir yang baru CBFB [868703-H] terima kasih tuhan khas kpd para kempinan dan penjawat am yang telah membetulkan mana yang perlu semuga ia menjadi ibadah dan dikira diakhirat lebih2 lagi dibulan puasa yg mulia ini mantapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge