Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd

Salam sejahtera buat semua.

Ref No: 07/09/08

Embargo: Untuk Siaran Segera

Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan Syarikat-syarikat Yang Berkaitan Dengannya

Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk memperoleh, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Serbuan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya telah dibuat di premis syarikat di Kuala Lumpur berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon, atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen atau diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang Bank Negara Malaysia ( www.bnm.gov.my ).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat perhubungan berikut:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel: 1 -300-88-5465
Faks: 03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Blok D, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato’ Onn,
50480, Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)

Bank Negara Malaysia
23 Julai 2009

Sumber: Bank Negara Malaysia

beliamuda: kena siasat tidak semestinya bersalah, tapi takkan pokok bergoyang kalau takde angin. Apa komen orang Ceramic?

Comments

43 responses to “Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd”

  1. teh Avatar

    tah pape…dulu company gua kene siasat
    stagnant la beberape hr…
    ni giliran ceramic lak
    sabar ye bisnesman2 ceramic sekalian
    .-= teh´s last blog ..Mengenali seorang Narcissist =-.

  2. duit aku mana Avatar
    duit aku mana

    kasi balik duit aku, aku malas nak join dah bisnes yang berisiko

    1. beliamuda Avatar

      @duit aku mana, pergi minta ngan bos cepat…

  3. ibrahim Avatar

    korang semua jangan pening2.CBC dah pulih dan dianya adalah sykt yang berdaftar..korang join xmengapa..
    korang semua klik kat sini: http://www.promo.hyprobulk.com/
    ni peluang bisnes terbaru dimalaysia dengan pulangan 100%…

    1. Hafsah Avatar
      Hafsah

      @ibrahim,
      betul ker? Alhamdulillah.sy labur hampir 65k.harap2 syarikat nie tak terkubur begitu saja.

  4. isnan Avatar

    sebab apa bnm serbu bisnes mlm.sbb bnm dah takde duit.habis semuaorg yg buat mlm beli kereta cash.pas tu tak buat hutang ngan bnm. tu pasal dia serbu.sebab duit tak masyuk kat dia.tapi ape yg saya kaji,ramai org melayu yg merasa rumah besar,kata besar, semua tu buat mlm betul tak?

    1. Hafsh Avatar
      Hafsh

      @isnan,
      memang betul tue.kalu bnm nak siasat tak kisahlah,tapi biarlah selesaikan cpat2.
      diaorg tak kasihan ke pd org yg bergantung pendapatan ngan syarikat nie.

  5. Hafsah Avatar
    Hafsah

    hai semua.sy satu family join ceramic.my husband buat pinjaman
    semata-mata untuk join ceramic,bln 6 ari tue sy start masuk.so sy langsung tak dpt income lg sampai skrg.sedih jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge