Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd sudah berkubur?

Salam sejahtera buat semua.

asia-ceramic-diserbu-bnm

Sejak berita Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu syarikat Asia Ceramic Marketing (ACM), pastinya ahli-ahli ceramic tertanya apakah tindakan yang akan diambil. Apakah yang berlaku syarikat? Adakah syarikat ditutup?

Entri saya yang menyiarkan berita BNM menyerbu ACM telah mendapat pelbagai komen daripada pembaca yang kebanyakannya adalah ahli ceramic sendiri. Mereka ternyata risau dan ingin tahu apakah yang terjadi kepada syarikat.

Continue reading

Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd

Salam sejahtera buat semua.

Ref No: 07/09/08

Embargo: Untuk Siaran Segera

Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan Syarikat-syarikat Yang Berkaitan Dengannya

Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk memperoleh, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram. Continue reading