Gelagat Manusia di Halaman Sembang

Hari ini, sesi pertama persekolahan di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Maknanya, di rumah aku sekarang ni, hanya tinggal aku keseorangan. Seperti biasa, aktiviti aku ialah belayar di Internet. Huhu~~.

Sejak akhir-akhir ini, aku begitu asyik membaca forum dan blog-blog yang aku terjumpa berdasarkan kata kunci (keyword) yang aku guna. Semuanya berkaitan blog, adsense dan seangkatan. Tapi, rasa bosan juga kalau baca sahaja. Tambahan pula, yang dibaca adalah perkataan dalam hitam putih pulak tu. Sakit juga mata. Paling memeningkan apabila baca pasal HTML, XML dna CSS. Lagilah pening.

Sambil mengisi masa lapang, aku muat turun video-video, klip-klip menarik dan gambar-gambar berkaitan projek yang sedang aku jalankan. Ceh, bunyi macam projek besar la pulak. Tengah layan buat benda ni, blogger (blogspot) buat hal pulak. Nak upload template pulak tak boleh. Asyik error saja. Biarlah dulu. Nasib baik nak buat post baru boleh lagi.

Tiba-tiba, teringat pulak nak chat. Apa lagi, pergi ke KampungChat la. Nak praktikkan apa yang pernah dilakukan oleh Bro Adi. Tapi, yang dia punya tu, bot punya la. Auto, untuk kegunaan di MiRC. Tak payah taip sendiri. Langkah pertama, pilih nama cun – gadis perindu. Baru je masuk, lepas bagi salam, terus berlambak nak chat. Memang yang nak chat tu dasar gatal sikit la. Tak kira la apa yang ditanya, lebih kurang macam ni la yang aku tulis:

Hi.
Saya budak area klate.
Sudi tak tukar gambar dengan kita?
Kalau sudi bagi la emel, nanti kita hantar.

Ada yang bagi emel, ada yang takde emel dan bagi nombor handphone. Tak kira apa yang dia tulis lepas tu, aku dah tak tahu dan tak ambil tahu. Sebabnya, selepas dapat emel, aku terus masukkan nama-nama tersebut dalam “ignore member”. Tak kurang juga yang memulakan bicara dengan kata-kata lucah. Macam biasa, aku tulis sahaja ayat di atas. Ada dalam lebih kurang lima puluh orang yang nak berbual dengan aku. Semuanya dimulakan oleh mereka-mereka itu. Apa nak jadi la? Yang paling kelakar dengan mamat yang mengaku Arab ni. Di bawah adalah screenshot perbualan aku dengan orang tersebut.

Apa yang aku buat dengan emel tu? Entahlah. Buat koleksi dululah. Nanti nak guna, aku gunalah. Bukan nak hantar gambar pun. Kata orang, TAK HINGIN AKU!

beliamuda: sakit bahu aku nak tulis ayat kat atas tu berulang kali… sejam lebih terbuang.. haish…

3gp Melayu: Koleksi Video Yang Dirakam Menggunakan Telefon Bimbit

Salam sejahtera buat semua.

perisian 3gp melayu boleh

Salah satu perisian menukar format ke 3gp yang percuma dan senang digunakan

Koleksi 3gp Melayu semakin menjadi kegilaan sejak kebelakangan ini. Kemudahan yang ditawarkan oleh telefon bimbit ini telah memudahkan lagi proses terhasilnya koleksi 3gp yang banyak bertebaran. Daripada segi saiz yang kecil, tapi masih boleh memberikan kualiti video yang baik, 3gp menjadi pilihan format terbaik untuk rakaman oleh telefon bimbit.

Continue reading

2008 – Menanti tirainya dilabuhkan

Tidak beberapa lama lagi, tirai 2008 akan berlabuh dan 2009 akan memulakan pentasnya. Apa yang telah kita capai sepanjang 2008?

Bagi aku sendiri, tahun 2008 merupakan tahun yang mencabar. Sedikit kesilapan dan kealpaan dalam percaturan hampir membawa kemusnahan. Tapi, nasib baik tak sampai tahap tu lagi. Apa yang lebih menarik, berakhirnya tahun 2008, bermakna angka satu (1) tidak akan muncul di depan umurku. Tahun hadapan, iaitu esok, secara tak rasmi, aku akan berumur 20 tahun. Secara rasminya, aku akan beurmur 20 tahun 10 hari kemudian. Sahabatku, anda bagaimana?

Prestasi akademik tahun 2008 agak mengecewakan. Dengan permulaan GPA yang sedikit rendah, nampaknya perkara yang sama bakal berulang untuk semester kedua. Semakin berdebar menunggu keputusan yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Walaupun aku cuba berubah untuk semester kedua, keadaan tidak banyak bezanya dan menjadi lebih teruk terutama semasa menduduki kertas terakhir. Risaunya…

Sepanjang cuti semester, aku cuba mencari identiti dan jalan yang telah aku tinggalkan. Jalan yang dulu pernah aku lalui, tapi kerana sukar, aku lari. Tapi, itulah hakikat yang sebenarnya. Bantulah aku untuk kembali ke jalan yang betul!

Aku mencari semula semangat yang hilang,
Di sebalik jiwa yang kusut,
Untuk berada di jalan yang lurus,
Meneruskan kembali perjuangan yang ditinggalkan.

Selamat tinggal 2008. Akanku kenangmu dalam diari hidupku.

beliamuda: dimanakah anda di malam ini?

Laman 302 - 306« Mula...102030...300301302303304...Akhir »