Sejak akhir-akhir ini, aku begitu asyik membaca forum dan blog-blog yang aku terjumpa berdasarkan kata kunci (keyword) yang aku guna. Semuanya berkaitan blog, adsense dan seangkatan. Tapi, rasa bosan juga kalau baca sahaja. Tambahan pula, yang dibaca adalah perkataan dalam hitam putih pulak tu. Sakit juga mata. Paling memeningkan apabila baca pasal HTML, XML dna CSS. Lagilah pening.
Sambil mengisi masa lapang, aku muat turun video-video, klip-klip menarik dan gambar-gambar berkaitan projek yang sedang aku jalankan. Ceh, bunyi macam projek besar la pulak. Tengah layan buat benda ni, blogger (blogspot) buat hal pulak. Nak upload template pulak tak boleh. Asyik error saja. Biarlah dulu. Nasib baik nak buat post baru boleh lagi.
Tiba-tiba, teringat pulak nak chat. Apa lagi, pergi ke KampungChat la. Nak praktikkan apa yang pernah dilakukan oleh Bro Adi. Tapi, yang dia punya tu, bot punya la. Auto, untuk kegunaan di MiRC. Tak payah taip sendiri. Langkah pertama, pilih nama cun – gadis perindu. Baru je masuk, lepas bagi salam, terus berlambak nak chat. Memang yang nak chat tu dasar gatal sikit la. Tak kira la apa yang ditanya, lebih kurang macam ni la yang aku tulis:
Hi.
Saya budak area klate.
Sudi tak tukar gambar dengan kita?
Kalau sudi bagi la emel, nanti kita hantar.
beliamuda: sakit bahu aku nak tulis ayat kat atas tu berulang kali… sejam lebih terbuang.. haish…
rajinnyo gi chat~
isk3..
lamo dh xbkak blog ni..
dekpun sblum ni klw bkak tgk ikan senyum tu je..
keh3
senyum itu sedekah… baru ada “mood” balik nak berblog ni…
hahh..gadis perindu plak…dulu kata nak jadi “kesatria terhebat”…
weee
cis, kalau aku jadi “kesatria terhebat”, ada ke orang nak chat ngan aku.. guna nama power sikit, berlambak nak kenal… huhu~~
hai gadis perindu?
boleh kita kenal?
haha
boleh saja nak kenal…
silalah ikut langkah-langkah seperti di atas…
ahakz… huhu~~