Hari yang menarik

Pendahuluan

Minggu ini merupakan minggu akademik kedua di UTP. Setelah cuti bersempena Tahun Baru Cina, rakan sekelas kelihatan bersemangat untuk belajar. Baru terasa bermulanya proses pembelajaran. Tak sama seperti minggu pertama. Contoh paling ideal ialah rakan sebilik saya. Oleh kerana terlalu bersemangat, dia telah menelan habis segelas air Nescafe (AMARAN! ini produk boikot) malam sebelumnya supaya kekal segar sepanjang malam. Saya yakin, dia mahu mengulang kaji pelajaran. Mungkin juga kerana dia telah jatuh cinta dengan blog Saifulislam. Saya pun tidak pasti dia tidur pukul berapa, tapi yang pasti saya terlelap seawal jam 1 pagi lagi (mungkin lebih awal) setelah penat mengeluarkan sedikit idea berdiskusi dengan beliau tentang isu semasa.

Awal Pagi

Pagi tadi, dengan malasnya, aku memaksa untuk bangun walaupun terasa sakit dan sengal di dada (baca: chest) dan perut (baca: abdomen). Rumet aku pula dengan sendirinya terbangun setelah terkena aura kecerahan cahaya lampu. Setelah selesai solat berjemaah, aku menghadap komputer riba dan melakukan aktiviti rutin apabila aku berada dalam talian. Suasana hening di pagi hari terlerai oleh nasyid “25 Rasul” daripada saudara Hamzah yang baru pulang daripada masjid (atau surau). Saya tidak sampai hati untuk turut serta kerana suara beliau yang sungguh lunak dan merdu. Rumet saya pula telah bersiap lebih awal dan kelihatan sangat bersemangat. Rupa-rupanya dia ada kelas ganti. Oleh kerana sibuk dengan beberapa kemas kini semasa berada dalam talian, aku mengamanahkan rumet untuk mnyeru sahabat-sahabat lain untuk turut serta ke kelas, terutama yang baru bertukar kumpulan.

Di kelas

Kelas pertama, Strength of Material (SOM). Agak pantas masa berlalu di situ. Kelas juga berakhir agak awal. Aku bersama rakan sekelas yang lain maju ke Poket C untuk kelas seterusnya sambil khusyuk mendengar mereka berbicara tentang isu semasa. Aku mengajak mereka untuk lepak sebentar di In-2-Eat, tapi mereka mahu terus ke kelas. Kami tiba di C3, seperti yang telah tercatat dalam jadual aku yang telah dibuat oleh orang lain. Namun, Faris mengatakan kami telah tersalah kelas. Aku serba salah kerana itulah yang tercatat dalam jadual. Aku percayakan Faris kerana memang kami tidak ada kelas Numerical Method (Numet) di situ pada minggu lepas dan juga aku tahu ada kesilapan dalam jadual yang aku ambil daripada sahabat yang lain. Bukan apa, kerana jadual itu, aku telah terponteng, diulang terponteng kelas secara tidak sengaja. Nasib baiklah terdapat beberapa orang rakan sekelas lain yang turut merujuk jadul yang sama. Kami menuju ke C6. Oh, memang kami pernah mengadakan kelas Numet di sini.

Dengan penuh semangat, kami megisi tempat di bahagian depan. Pada masa itu, telah terdapat beberapa orang pelajar lain yang aku kira turut mengambil subjek yang sama. Dalam rancak berbual, aku sempat memandang ke ke bahagian kiri dan mendapati terdapat sekumpulan pelajar perempuan yang aku tidak kenal dan kelihatan agak senior. Kemudian aku pusing ke belakang untuk melihat pelajar-pelajar yang baru masuk. Aku terpandang saudara Pacak yang baru masuk dan terus mengusik sahabat-sahabat yang rancak berbual tentang beliau. Kemudian aku perasan yang kami mungkin tersalah kelas. Apabila aku melihat pelajar yang berada di barisan belakang, baru aku tahu yang semua di situ adalah pelajar tahun akhir yang mengambil subjek Malaysian Studies. Maknanya, kami telah tersalah kelas. Nash yang berada paling hujung dalam barisan tempat duduk, terus menghilang diri dalam sekelip mata sementara kami beransur perlahan-lahan dengan lagak seperti kelas telah dibatalkan. Nasib baik pensyarah subjek tersebut belum masuk lagi. Kalau tak, lagi tebal muka masa nak mengundur diri tu. Setelah kami tiba semula di C3, kelas telah penuh dan akhirnya kami memenuhi barisan belakang sahaja…

beliamuda: cerita di atas adalah benar-benar belaka… kalau ada yang tidak puas hati atau kemusykilan, sila ajukan pertanyaan anda di kaunter komen. Terima kasih…

Awak tahu tak apa saya nak cakap

Di suatu malam yang dingin, aku berjalan seorang diri di padang. Suasana hitam pekat. Di suatu sudut, kelihatan satu pasangan sedang asyik memadu asmara. Aku pergi hampir kepada mereka dan memberi salam (pasangan yang beragama Islam).

Aku: Assalamualaikum.

mamat dan minah: Waalaikumussalam.

Aku: (ditujukan kepada mamat) Awak tahu tak apa saya nak cakap?

mamat: Tak tahu…

Aku: (ditujukan kepada minah) Awak tahu tak apa saya nak cakap?

minah: Tak tahu juga….

Aku: Kalau dah tak tahu apa yang saya nak cakap, tak payahlah nak ber“drama” kat sini. Ilmu tu tak cukup lagi… Ada hati nak buat kerja macam ni…

mamat dan minah kebingungan dan tersipu-sipu malu lalu mereka beredar dari situ…

Dialog di atas adalah rekaan semata-mata. Idea ini datang semasa aku dalam perjalanan pulang dari Chancellor Complex sebentar tadi. Aku dan Irsyad terserempak dengan satu pasangan. Tapi, aku ni tiada “kekuatan” nak menegur mereka. Apa yang aku lakukan hanyalah sekadar membuat bunyi bising supaya mereka paham. Malangnya, mamat dan minah tu tak paham. Lalu terbitlah idea di atas untuk diperdialogkan jika aku ada kekuatan untuk menegur mereka…

beliamuda: dialog di atas adalah hasil perahan idea daripada lagenda Nasrettin Hoca. Kalau nak tahu siapakah Nasrettin Hoca, silalah ke Wikipedia.

Mencari Cinta?

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.

Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak beberapa lama kemudian dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja. Sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta.

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan. Tidak berapa lama kemudian, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik untuk saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan!

beliamuda: apa itu cinta? dua insan satu rasa?

Laman CIMB Clicks Palsu

Pernahkah anda menerima emel yang menyatakan mereka adalah daripada CIMB Bank dan meminta anda untuk daftar masuk (baca: login) melalui pautan yang diletakkan dalam emel tersebut. Sebenarnya, itu adalah laman palsu yang lebih dikenali sebagai Phishing Wesbite“. Jangan sekali-kali memasukkan sebarang maklumat daftar masuk anda ke laman tersebut. Laman tersebut kelihatan sama seperti laman asal CIMB Clicks, kecuali alamatnya sahaja yang berbeza. Pautan-pautan yang ada dalam laman palsu itu juga merupakan pautan yang betul. Oleh itu berhati-hatilah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang laman palsu ini, sila ke Youthfulyouth blog.

beliamuda: kalau dah terbagi maklumat tu, cepat-cepatlah hubungi CIMB Bank