Israel mengganas lagi

Semalam, semasa di majlis makan malam tahunan Radifleet Sdn. Bhd., aku menerima satu mesej daripada seorang kawan.

Gaza sedang diserang… Ribuan cedera+terbunuh… Saudara seIslam memerlukan solah hajat kalian.. (jgn main forward2 kalau xbuat)…

Aku terkejut juga. Tapi, bila baca ayat yang akhir tu, rasa lucu pula. Huhu~~. Itu memang stail dia. Dia paling benci orang forward mesej, tapi tak buat apa yang ada dalam mesej tu.

Hari ini, berita mengenai serangan Israel ke atas Gaza terpapar di dada-dada akhbar. Di bawah ialah petikan berita daripada Utusan Malaysian Online edisi 29 Dis, bertajuk “Israel terus mengganas” dan “Israel perhebat operasi tentera di Genting Gaza

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.

Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.

Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.

Israel terus mengganas, Utusan Malaysia Online

KEKEJAMAN ISRAEL… Sebuah keluarga berlari menyelamatkan diri apabila peluru berpandu tentera udara Israel memusnahkan bangunan di kem pelarian Rafah, Genting Gaza, dalam serangan terbaru rejim zionis di wilayah berkenaan, semalam. – AFP

BANDAR GAZA 28 Dis. – Israel tidak mengendahkan seruan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan serangan, sebaliknya memberi amaran akan memperhebatkan operasi tentera ke atas Genting Gaza, termasuk mengerahkan askarnya ke wilayah Palestin ini.

Amaran Israel itu dikeluarkan ketika pesawat pejuang rejim Yahudi itu terus membedil kedudukan Hamas di wilayah ini hari ini menyebabkan enam lagi rakyat Palestin terkorban, menjadikan lebih 290 rakyat Palestin maut, manakala 650 lagi cedera dalam tempoh 24 jam selepas serangan udara Israel pertengahan pagi semalam.

Bumi Gaza telah dihujani lebih 100 tan bom dan peluru berpandu pesawat udara Israel dalam tempoh itu.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berikrar untuk meluaskan kempen pengeboman besar-besaran yang dilancarkan, sebagai membalas tembakan roket pejuang Hamas.

Israel perhebat operasi tentera di Genting Gaza, Utusan Malaysia Online

Untuk berita penuh, sila semak mana-mana akhbar ataupun laman-laman berkaitan.

beliamuda: kenapa kita sentiasa ditindas? tepuk dada, tanya selera!

Petang ini hujan

Agak kebudak-budakan la tajuk tu.. Tapi itulah kenyataan. Petang ini hujan. Hujan sedang turun dengan lebatnya. Eh, tak de lah lebat sangat, sekadarnya sahaja.

Amaran hujan lebat peringkat kuning di daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh dijangka berterusan sehingga esok.

Itu yang ditulis kat dalam berita dan yang dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada Jumaat lepas. Risaunya aku. Malam ni kena memandu. Eh, apa pula yang susahnya?

Masalahnya, aku tak pernah memandu malam dan jalan yang akan aku lalu adalah jalan kampung. Kalau hujan, lagi la parah. Dugaan betul. Tapi, aku nak memandu ke mana malam ni? Ahaks.. bukan nak keluar saja-saja. Malam ni aku akan memandu ke New Pacific Hotel untuk jamuan keluarga bengkel Radicare Kota Bharu. Sekadar membawa ahli kelurga. Pengganti Abah, sebab Abah kena berada di sana lebih awal. Kenyataannya, Abahlah yang menguruskan makan malam ni.

Laluan yang akan diambil? Tahu ke jalannya? Takpe2, aku dah minta tolong Google Earth sikit, untuk memudahkan aku. Dah tahu tempatnya, cuma tak biasa saja.


Gambar yang tak berapa nak ada dalam peta tu la jalan kampung yang akan aku lalu… haih…

beliamuda: rasa bersemangat sikit hari ini… sikit je ke?

Snippet: Blog Menghina Nabi…

Baru sekejap tadi, aku berkesempatan untuk online. Sejak kebelakangan ni, internet agak terganggu sikit. Nasib baik tmnet dah maklumkan pasal gangguan ni. Kalau tak, hangin jugak.Setelah aku buka Utusan Malaysia Online, terkejut juga tengok tajuk berita pasal blog menghina nabi. Baru je ke? Apa lagi, terus la aku tanya Pak Cik Google kesayangan. Mana la tahu boleh jumpa blog tu. Tapi, yang aku jumpa blog-blog yang komen pasal blog tu la. Rupa-rupanya dah masuk TV3 semalam. Aku pula tak tengok berita semalam. Makan malam kat luar. Baca punya baca kat blog-blog yang komen tu, terkejut juga aku. Tapi takde la pula salinan posting tu. Blog yang dikatakan tu telah dihalang untuk diakses (sebab asyik keluar “Page Load Error“). So, aku cuba guna proxy. Rupa-rupanya, dah takde dah blog tu. Yang peliknya, profil dia (snapshot oleh blogger yang sempat baca), siap ada muka dengan alamat serta nombor telefon lagi. Akaun Friendster minah yang terpapar dalam gambar tu juga telah disuspend.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang cerita ni, silalah klik di sini, sini, sini, sini, sini, dan sini. Baca la kat mana-mana blog yang aku bagi tu.

Apa yang menyedihkan, tanpa disedari, ada pembaca blog-blog tu telah meninggalkan komen yang kurang sedap didengar yang mana secara langsung adalah berdosa! Tak perlulah nak kutuk berlebihan. Sekadarnya sudah la…

Apa pun, Pak Lah kata dia dah suruh orang ambil tindakan.

Saya sudah beritahu kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya mengambil tindakan segera
– katanya kepada pemberita selepas melawat Dusun Buah-Buahan Tropika D-Paradise di Alor Gajah, 27 Dis

Yang terbaru, wanita yang identitinya digunakan dalam blog tu, telah pun menemui Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan.

Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W
– katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman di Kemaman, 27 Dis

Jadi, kita tunggu dan lihat untuk berita yang selanjutnya…

beliamuda: hari ini sempat pergi ke KB Mall sekali lagi, kebetulan terserempak dengan remaja-remaja yang kononnya gothic. Yang lebih memualkan, dengan bangganya remaja-remaja ini bergambar di ruang tengah yang kebetulan ada promosi kamera. Aku rasa KB Mall ni memang port dia. Kalau nak cari budak gothic qlate, aku sarankan korang pergi sana…
Laman 303 - 306« Mula...102030...301302303304305...Akhir »