Minta maaf secara terbuka

Al-kisah, tersebutlah kisah aku yang tidak enak sebenarnya untuk aku kongsikan. Semalam, aku secara tidak sengaja telah menyebabkan seorang downline aku marah. Aku yang ketika itu sedang gembira dengan perbincangan untuk laporan eksperimen, terkejut dengan mesej yang dihantar kemudiannya. Aku jawab mesej itu secara ringkas. Tiba-tiba sahaja dia marah. Dan dia sememangnya sangat marah…

Kemudiannya, hari ini aku terbaca satu entri di blog seorang kawan yang juga sedang marah. Aku rasa aku turut terlibat. Terasa juga bila baca entri tersebut.

Aku paling resah dan risau apabila seseorang sedang marah kepada aku, lebih-lebih lagi apabila orang tersebut adalah orang yang kenal dengan aku. Maksudnya, kalau orang yang tak kenal tu, tak risau sangat la.

Satu lagi tragedi yang lebih parah, sampai sekarang membuat aku resah.

beliamuda: entri ini ditulis secara tergesa-gesa ketika aku berada di forum “Kemana Arah Cintaku”. Nanti akan ditambah lagi. Entri ini dihantar menggunakan telefon bimbit.

Hari Valentine

Menjelang 14 Februari, kaum Nasrani dan masyarakat Barat sibuk meraikan Hari Valentine. Hari Kekasih yang disandarkan secara sejarahnya kepada Valentine of Rome, peristiwa mengenang Saint Valentine yang dikebumikan di Via Flaminia sekitar tahun 269M. Hari Valentine yang mengalami pelbagai penafsiran di sepanjang sejarah Eropah Moden akhirnya menjadi hari memuja kekasih, tidak terhad hanya kepada nilai, cara hidup dan kaum Nasrani di Barat, malah akhirnya menyerap sebagai budaya kaum Asia.

Malang sekali, ritual yang tidak punya sebarang kaitan dengan kita sebagai kaum Muslimin, sedikit demi sedikit terserap sebagai budaya dan amalan anak-anak muda kita. Bukanlah soal bunga ros atau sekeping kad itu yang menjadi persoalan, tetapi kemusnahan jati diri sebagai seorang Muslim, dan sikap terhegeh-hegeh meniru segala yang datang daripada Barat itulah yang menjadi persoalannya.

belimuda: untuk lebih lanjut tentang petikan daripada khutbah jumaat di atas, sila ke Saifulislam.

Hikmah Sujud dalam Solat

Mungkin ramai dalam kalangan umat Islam tidak menyedari akan hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah S.W.T. yang sia-sia, malahan ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Antara hikmah melakukan sujud ialah:

  • Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • Melegekan sakit hernia.
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • Meringankan bahagian pelvis.
  • Memberikan dorongan supaya mudah tidur.
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara tidak langsung memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik.
  • Mengurangkan risiko untuk menjadi gemuk.
  • Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah.

beliamuda: artikel ini ambil daripada buku program Kem Penghayatan Islam (KPI) 2009, UTP

Ayat-Ayat Melankolik

“Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah, kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi”

“Apabila kita diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu daripada Dia Yang Maha Memberi Cahaya”

“Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapapun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil”

“Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia Maha Melihat segala-galanya”

“Apabila lemah tidak berdaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu daripada Dia Yang Maha Perkasa”

“Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya”

“Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menerimamu, carilah jalan lurus itu daripada Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup”

“Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar”

“Apabila miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya”

beliamuda: artikel ini diambil daripada buku program Kem Penghayatan Islam (KPI) 2009, UTP

p/s: dengar kata polis Malaysia dah mula pakai Mitsubishi Evo 10 untuk tujuan undercover