Minta maaf secara terbuka

Al-kisah, tersebutlah kisah aku yang tidak enak sebenarnya untuk aku kongsikan. Semalam, aku secara tidak sengaja telah menyebabkan seorang downline aku marah. Aku yang ketika itu sedang gembira dengan perbincangan untuk laporan eksperimen, terkejut dengan mesej yang dihantar kemudiannya. Aku jawab mesej itu secara ringkas. Tiba-tiba sahaja dia marah. Dan dia sememangnya sangat marah…

Kemudiannya, hari ini aku terbaca satu entri di blog seorang kawan yang juga sedang marah. Aku rasa aku turut terlibat. Terasa juga bila baca entri tersebut.

Aku paling resah dan risau apabila seseorang sedang marah kepada aku, lebih-lebih lagi apabila orang tersebut adalah orang yang kenal dengan aku. Maksudnya, kalau orang yang tak kenal tu, tak risau sangat la.

Satu lagi tragedi yang lebih parah, sampai sekarang membuat aku resah.

beliamuda: entri ini ditulis secara tergesa-gesa ketika aku berada di forum “Kemana Arah Cintaku”. Nanti akan ditambah lagi. Entri ini dihantar menggunakan telefon bimbit.

12 thoughts on “Minta maaf secara terbuka

    • @Adney, juga menjadikan kita rasa lebih tenang dan bahagia.. saling maaf-memaafkan.. terima kasih kepada yang sudi memaafkan kekhilafan diri ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge