Sekalung tahniah buat Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal

NIK NUR MADIHAH (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Siti Nur Fatimah dalam pertemuan di SMA Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

NIK NUR MADIHAH (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Siti Nur Fatimah dalam pertemuan di SMA Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Keputusan SPM 2008 yang diumumkan beberapa hari yang lalu telah mencatat pelbagai detik suka dan duka buat setiap pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Keputusan SPM kali ini juga dikatakan lebih baik dengan peningkatan pelajar yang menjawab dalam Bahasa Inggeris untuk subjek Sains dan Matematik.  Statistik ini cuba digunakan Kementerian berkenaan untuk menangkis bantahan umum terhadap PPMSI.  Sesiapa yang tidak tahu apakah itu PPMSI, boleh cari dengan Google dan pelajar UTP sila guna Yahoo atau lain-lain, sebab Google tak boleh diakses sekarang ni kan? Tapi, bukan itu yang aku nak perkatakan.

Apa yang menarik perhatian pada kali ini ialah pencapaian cemerlang pelajar SM (Agama) Maahad Muhammadi Kota Bharu yang memperolehi 19 A1 dan 1 A2. Pencapaian Nik Nur Madihah ini diiktiraf oleh Kementerian sebagai terbaik untuk tahun 2008, berbanding seniornya, Siti Fatimah Mukhtar yang tidak diiktiraf.

Siti Fatimah Mukhtar TIDAK di iktiraf sebagai Pelajar Terbaik SPM 2006 kerana didapati dia adalah seorang penjenayah. Jenayah-jenayah yang dilakukan oleh Siti Fatimah ialah:

1.) Pelajar Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan.
2.) Anak ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS).
3.) Berasal dari Negeri Islam Kelantan.
4.) Bukan ahli Puteri UMNO Baru.
5.) Bukan ahli agama sesat Islam Hadhari

Seperti yang di atas, itulah perkara yang dikatakan menjadi penyebab kepada isu itu. Aku bukan mahu timbulkan isu, tapi itulah yang aku petik daripada tulisan seorang blogger yang lain. Pencapaian Siti Fatimah untuk SPM 2006 ialah 17 A1 dan 1 A2. Aku sendiri pernah berjumpa dengan Fatimah sebaik sahaja peperiksaan SPM selesai. Kami sama-sama belajar di Smart Reader Kota Bharu. Aku boleh katakan di seoarang pelajar yang baik, sederhana percakapannya dan baik akhlaknya. Bahasa Inggeris dia pun boleh tahan. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada aku sendiri… :p.

Pencapaian Nik Nur Madihah lebih mengkagumkan. Sebagai seorang anak nelayan dan tukang cuci, dia berjaya mencatatkan kecemerlangan walaupun dihimpit kesusahan. Nik Nur Madihah turut menerima hadiah wang tunai sebanyak RM4000 daripada Yayasan Nelayan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

beliamuda: Buat pelajar SPM 2008 yang lain, tahniah untuk anda…  yang kurang berjaya, masih banyak lagi bidang lain untuk diceburi…

Susun atur baru Friendster

Beberapa hari yang lepas, Friendster telah memperkenalkan susun atur baru. Susun atur tersebut lebih banyak diubah di bahagian yang memaparkan status Friend anda di Friendster.

friendster

Susun atur baru Friendster

Sebelum ini, Friendster telah menukar dengan meletakkan susun atur yang hampir sama, namun tiada gambar untuk profil yang dipaparkan. Susun atur yang terbaru ini kelihatan lebih menarik dengan memaparkan terus kemas kini yang dilakukan seperti shout out, profil baru yang ditambah dan profil yang memberi komen kepada senarai Friend dalam akaun pengguna.

Namun penambahbaikan ini tidak dilihat akan menggugat kedudukan laman social networking yang lain seperti Facebook, Myspace dan Twitter.


beliamuda: aku takde akaun di Myspace dan Facebook…

Domain dan hosting baru

Dalam kesibukan sepanjang minggu ini, aku telah mengambil keputusan untuk berpindah daripada platform Blogspot kepada platform hosting berbayar. Kenapa pula aku nak guna platform yang berbayar? Sedangkan kalau aku guna Blogspot, percuma sahaja. Sebenarnya sudah lama aku ingin untuk menggunakan perkhidmatan hosting berbayar di atas beberapa kelebihan berbanding perkhidmatan blog percuma.

Ini adalah kali pertama aku menggunakan hosting berbayar. Proses sebelum blog ini dapat diwujudkan juga agak mencabar. Setelah selesai sahaja urusan pendaftaran dan pembayaran, aku terpaksa menunggu sebelum domain tersebut wujud (baca: propagate) dalam alam Internet. Setelah menerima emel pengesahan dan maklumat mengenai akaun aku di hosting tersebut, aku mula dengan langkah pertama untuk memuat naik WordPress ke pelayan (baca: server). Kenapa WordPress? Sebab pecuma dan aku perrnah menggunakan WordPress.com.

Aku juga telah mencipta localhost di dalam laptop aku untuk melihat sendiri bentuk blog tersebut apabila blog tersebut wujud di Internet. Di sinilah aku belajar untuk membina database menggunakan myPHP admin. WordPress juga telah menyediakan panduan yang lengkap dengan langkah-langkah yang mudah dituruti. Aku telah memuat naik semua fail berkaitan pada hari Isnin dan kebetulan hari tersebut cuti Maulidur Rasul. Semua proses seleasai usai petang tersebut.

Namun, aku masih belum berkesempatan memuat naik tema (baca: theme) untuk blog tersebut. Walaupun aku dah memang sedia ada tema-tema untuk wordpress yang telah aku muat turun untuk percubaan di localhost, namun tiada tema yang berkenan di hati untuk diguna. Kebetulan pula, selepas hari tersebut sambungan Internet telah jatuh sakit dan sedikit tenat. Tambahan pula, aku juga perlu bersedia untuk ujian dua subjek teras; Process Heat Transfer dan Chemical Thermodynamics dan satu subjek elektif iaitu Bahasa Arab Komunikasi. Disebabkan itu, proses untuk mencari tema untuk blog aku tertanguh.

Oleh sebab itu, aku muat turun mana yang sempat di kala sambungan Internet sedikit kuat dan memilih yang berkenan di hati. Kemudian, aku cuba di localhost terlebih dahulu untuk melihat hasilnya. Akhirnya, semalam aku berkesempatan untuk memuat naik ke pelayan dan memasang tema tersebut. Aku juga telah memindah semua entri yang pernah ditulis di http://beliamuda.blogspot.com ke sini. Proses tersebut sepatutnya mudah, tapi disebabkan sambungan ke pelayan yang aku daftarkan tidak menyokong sambungan TLS/SSL, maka aku pindahkan dulu entri tersebut ke http://beliamuda.wordpress.com sebelum aku muat turun ke laptop dan muat naik semula ke blog ini. Buat masa sekarang, inilah yang aku mampu lakukan dalam kesibukan sebagai seorang pelajar.

beliamuda: terima kasih kepada Hakim kerana memperkenalkan hosting yang murah ini.