Tiga Jejaka

[dari kiri – Hamzah, Hazwan Arif, dan Muhammad]
Biarlah gambar yang menceritakan segalanya…

Aku telah melaksanakan apa yang kamu mahu…


Oh ya, aku yang mengambil gambar di atas.

Jadi, aku tiada dalam gambar tersebut.

Harap maklum…

beliamuda: sila berikan komen anda tentang jejaka-jejaka di atas… Terima kasih…

Tag oleh Amin

Aku ditag oleh Amin Baek..Tag ini memerlukn aku tuk beri kgunaan sbnr barang dan kgunaan lain..~~
ANAK KUNCI
Kegunaan asal: buka ibu atau bapa kunci
Kegunaan lain: koleksi…
PENUTUP PEN
Kegunaan asal: Penutup pen adalah penutup pen
Kegunaan lain: kreatif sikit – membersihkan telinga…
BOTOL MINERAL
Kegunaan asal: simpan air mineral
Kegunaan lain: isi air + pasir, boleh buat dumbell…
SELUAR DALAM LAMA
Kegunaan asal: koleksi atau bahan bakar
Kegunaan lain: ….
LESUNG BATU
Kegunaan asal: buat menghancurkan bahan masakan
Kegunaan lain: senjata pertahanan…
LANGSIR
Kegunaan asal: penghias di tingkap
Kegunaan lain: lap tangan kot… dan seangkatan…

KOMPUTER PEJABAT
Kegunaan asal: kerja-kerja pejabat
Kegunaan lain: chatting, IM, video, surfing, downloan torrent…
DUIT SYILING
Kegunaan asal: medium jual beli
Kegunaan lain: untuk disimpan supaya rumet dapat guna apabila diperlukan…
LAMAN BLOG
Kegunaan asal: luahan hati, buat duit, promo bisnes, dan media alternatif
Kegunaan lain: mengutuk, mengata, memfitnah… (bukan aku~~)
Mangsa seterusnya:

Aku bukan pemangsa… kamu selamat

Gagal 775 kali ujian memandu

SEOUL 24 Feb. – Seorang wanita Korea Selatan, gagal dalam 775 ujian memandu dalam tempoh empat tahun lalu tetapi masih bertekad untuk terus mencuba sehingga berjaya.

Cha Sa-soon, 68, telah mencuba sejak 2005 untuk lulus ujian bertulis bagi mendapatkan lesen memandu, namun sehingga kini beliau masih gagal memperoleh minimum 60 peratus yang ditetapkan untuk lulus.

Sa-soon berazam untuk mendapatkan lesen tersebut bagi membolehkannya memiliki sebuah trak untuk memulakan perniagaan sendiri, telah membelanjakan lebih 10 juta won (kira-kira RM23,800) untuk melalui proses ujian berkenaan.

“Saya percaya anda akan dapat mencapai matlamat anda jika anda bersungguh-sungguh mengejarnya. Jadi jangan hapuskan impian anda, seperti saya. Kuatkan diri dan lakukan terbaik,” katanya. – REUTERS

Semasa memulakan rutin harian pada hari ini dengan membaca suapan (baca: feed) yang aku langgan melalui Greader, satu berita di Utusan Malaysia menarik perhatian aku. Tajuk berita, “Gagal 775 kali ujian memandu”. Benda pertama yang datang dalam kepala aku, ini mesti bukan berlaku di Malaysia. Kalau di Malaysia ni, setakat gagal dua tiga kali tu biasalah. Tapi, yang lebih daripada tu mustahil sekali untuk didengar. Paling tidak, ada la sedikit duit kopi yang dihulur. Tak pun, buat lesen terbang (banyak lagi ke kes macam ni sekarang?).

Sekadar gambar hiasan

Dalam ujian memandu, aku hanya pernah kena ulang sekali sahaja. Itu pun untuk motorsikal, ujian Bahagian III. Masa ujian ulangan tu, aku seorang sahaja yang ada di situ kerana aku tiba agak lewat di Pusat Memandu. Bila sampai je, tengok semua orang dah balik. Nasib baik orang JPJ tu masih ada. Aku pun memulakan ujian ulangan aku. Sepatutnya, aku masih tidak lulus pada hari tersebut, tetapi kerana mood pemeriksa tu tengah baik, dia bagi aku lulus. PERHATIAN! – Aku tak hulur apa-apa ya kepada orang JPJ tu.

Tempoh waktu aku memegang lesen L agak lama, iaitu lebih kurang setahun. Masa aku memulakan latihan memandu, waktu tu dah akhir bulan Disember. Awal bulan Januari, aku telah mendaftar masuk ke UTP. Dalam tempoh tu, terpaksalah aku memperbaharui lesen L beberapa kali. Ramai juga kawan-kawan aku yang mengambil tempoh yang lama untuk mendapatkan lesen. Bukan kerana tidak tahu, tetapi rata-rata kerana telah menyambung pelajaran. Kebanyakannya, kawan-kawan daripada UTP lah. Entah-entah, ada yang kena ulang balik daripada awal. Kena bayar balik. Rugi masa, tenaga dan wang ringgit. Nasihat aku, kalau nak ambil lesen tu, pastikan ada ruang masa dan wang yang cukup. Kalau tak cukup lagi, tangguh la dulu. Nanti membazir saja. Kalau setakat nak bawa motor dalam UTP ni, tak perlu lesen la. Tak pernah lagi Pok Gad tahan semata-mata untuk minta lesen.

beliamuda: meraikan rumet yang baru mendapat lesen P. Tahniah!

Semalam yang meletihkan

Sudah lama aku tidak berjaga malam. Sepanjang malam. Kali terakhir aku melakukannya, ketika aku masih di Foundation. Namun, semalam bukan berjaga malam seperti yang dulu. Kalau yang dulu berjaga kerana marathon tengok muvi, tetapi kali ini kerana meeting lab group.
Semuanya bermula gara-gara lab Sepro yang tertangguh selama dua minggu. Bukan sengaja, tetapi seakan tabiat lama. Uhuk-uhuk… Ada sedikit kesukaran dalam menyiapkan laporan eksperimen tersebut. Silap aku juga kerana tidak mampu untuk memberikan komitmen. Bukan tidak mahu, tetapi ada sedikit gangguan semasa hujung minggu lepas. Tiba-tiba aku demam, batuk dan selsema. Sampai hari ini masih batuk lagi. Boss pula sibuk. Jadi, tidak ada orang yang mengawal group 8.

Dengan segala usaha yang ada, kami berhasil menyiapkan laporan eksperimen untuk Sepro, dalam serba kekurangan. Nasib baik ada ahli tambahan, Amin, Presiden RSCU UTP. Huhu~~. Bangga pun ada juga dapat satu kumpulan dengan orang yang mantap macam dia. Cuma dia agak sibuk sedikit la.

Dalam keterlewatan menyudahkan laporang tersebut, kami terpaksa membayar kos yang tinggi. Laporan eksperimen Process Heat Transfer (PHT) juga tertangguh secara automatik. Yang menariknya, laporan tersebut wajib dihantar pada hari ini. Aku tak sangka pula pengiraan daripada data eksperimen sangat banyak. Tak seperti prosedur eksperimen yang agak senang. Cis… Punya la panjang.

Maka, semalam kami berkumpul untuk menyiapkan laporan tersebut. Nasib baik aku telah awal-awal lagi memasukkan data ke dalam MS Excel untuk proses pengiraan dan keputusan. Aku telah mengedarkan data tersebut kepada setiap ahli kumpulan. Semalam baru aku perasan banyak sangat pengiraan yang kena buat dengan segala formula yang panjang lagi pelik. Nasib baik aku berhasil mengeksploitasi MS Excel untuk pengiraan. Tapi, kami masih belum mampu menyudahkannya….

Kami berkumpul di cafe V4 sebelum bergerak ke cafe V5 pada pukul 12 malam kerana kesiankan Farah yang tinggal di V5. Akhirnya, kami bertiga sahaja yang tinggal buat kerja – aku, Shahwal dan Luqman. Farah awal-awal lagi dah beransur pulang ke bilik menyahut seruan bantalnya. Cis… Kami meneruskan pengiraan sambil layan lagu Rock Kapak. Nampaknya, Luqman juga tidak mampu untuk bertahan. Aku dan Shahwal meneruskan pengiraan yang sangat banyak itu sambil melayan trailer muvi-muvi terbaru. Maklumlah, internet sangat laju masa tu.

Shahwal tengah melantak~~

Memang betul-betul khusyuk ni…

Akhirnya, kami semua pulang ke bilik masing-masing tepat pukul 4.50 pagi. Semasa tiba di bilik, aku terus buka balik laptop untuk layan drama “Heroes” sambil makan. Sekitar pukul 6 aku terlelap sebelum bangun semula untuk solat subuh dan ke kelas yang bermula pukul 8. Luqman awal-awal lagi dah keluar untuk ke Pusat Memandu. Dalam keadaan yang masih mengantuk, aku mengagahkan diri ke kelas dan nasib baik Dr. Muru hanya buat latihan sepanjang kelas. Maklumlah, tutorial. Selalunya, dia bagi syarahan. Habis sahaja kelas, terus aku berjalan pulang seorang diri sebelum singgah ke bilik Apih di V3. Oh, saya sudah tidak mengantuk…

Gambar Luqman tidak dapat disiarkan atas masalah bukan teknikal

Pukul 12 terpaksa ke makmal untuk menghantar laporan dan juga untuk Viva. Hajatnya, nak keluar potong rambut la hari ni…

p/s: kalau sesiapa yang baca di twitter aku (@beliamuda), lebih kurang la apa yang aku update kat sana.

beliamuda: banyak lagi kerja tertangguh… resolusi semalam, tak nak tangguh kerja… berjaya ke?