Tiba jua di kampung halaman untuk beraya

Salam sejahtera buat semua.

UTM balik kampung

Gambar Hiasan (Pelajar UTM)

Alhamdulillah. Selamat sampai juga akhirnya ke rumah. Perjalanan dalam bas yang macam biasa menyebabkan aku menggigil dengan kesejukan yang menusuk sampai ke tulang. Serius, memang sejuk betul.

Rasanya, kebanyakan pembaca-pembaca blog dan juga pengguna internet di Malaysia dah ramai yang offline. Maklumlah, semua nak balik beraya ke kampung. Tak kurang juga blogger yang menyatakan ada penurunan mendadak trafik. Sape la kan yang nak beraya depan internet ni. Yang tak balik kampung je la kot. Huhu~

Continue reading

Curi Masa – Tag daripada Ikin

Salam sejatera buat semua.

Alamak, tak sempat lagi nak mencelah untuk masukkan entri yang dimaksudkan sebelum ni. Kelas hari ni, daripada pukul 10 sampai pukul 3, amat meletihkan. Nasib baik kebanyakan kelas agak santai. Mood raya gamaknya? Hehe.. Pelajar perempuan pun ramai yang melaram. (Jangan tembak saya ya kawan-kawan~ XD).

Kebetulan ada tag daripada Ikin, jom kita balas balik. Lagipun, dah lama tak tag-tag ni. Huhu~ Jom layan… Sebelum tu, jom dengarkan melodi d’ hujung mingguKekasih Halal dan Kisah Gadis Berkerudung Merah.

Continue reading

Habis sudah test 1

Salam sejahtera buat semua.

Image056.jpg

Akhirnya, setelah dua minggu yang sibuk, terutama minggu ni sebab ada tiga test pada hari yang berturutan. Diingatkan di sini, walaupun ada test, kelas masih berjalan seperti biasa, asemen ada je yang kena buat dan lab pula memang  lama. Ada test yang diadakan sejam selepas kelas terakhir dan ada juga test yang diadakan lewat petang (habis sekitar pukul 6 petang).

Entri ini sekadar kemas kini ringkas tentang perkara yang berlaku sepanjang minggu ni. Entri baru akan menyusul mungkin petang ni atau malamnya. Tengok keadaan la. Nak kuar gi merayap ke Ipoh dengan kawan-kawan jap lagi.

Continue reading