Suatu perkongsian dari hati dan Jika aku jatuh hati

Salam sejahtera buat semua.

Tulisan aku kali ini agak berlainan. Apa yang aku tulis kali ini, merupakan suatu yang lahir daripada hati aku, melalui pengalaman yang aku telah lalui. Sekadar perkongsian untuk mengingatkan diri di masa hadapan, kerana kita memang mahluk yang pelupa.

Continue reading

Merasai kembali nikmat sihat, ceria seperti dulu

Salam sejahtera buat semua.

Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat dan rakan yang mendoakan kesihatan saya. Sebelum ini, saya ada menulis tentang keadaan diri saya yang tidak sihat di sini. Masa tulis entri tu, masih lagi demam dan belum pulih sepenuhnya.

Kesakitan yang dialami, adalah kifarah kepada dosa. Demam, kesakitannya seluruh badan, ditambah pula dengan fikiran menjadi kacau dan meracau. Biasa alami kan?

Saya menulis entri ini sebagai rasa syukur dapat merasai kembali nikmat sihat dan menjadi ceria seperti biasa. Continue reading

Demam lagi nih

Salam sejahtera buat semua.

demam

Dah tiga hari tidak ada entri baru kat sini. Bukan takde benda yang nak ditulis, tapi tuan tanah pulak yang sakit. Masa konsert Amy Search malam Sabtu lepas, aku dah mula batuk-batuk. Agak kerap jugak la.

Bila bangun keesokan harinya, suhu badan dah naik dan batuk pun dah makin kuat. Pagi tu, memang bantai tidur je la. Sekali ngan rumet pun sakit. Tapi, tengah hari tu boleh pulak aku gi merayap ke tapak konvo cari makan. Sekadar gi beli makanan je.

Continue reading

Perkongsian di hari Jumaat

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang perkara yang berlaku di sekitar saya pada hari ini. Saja perkongsian suka-suka dan santai. Ayat kasi sopan sikit la kali ni. Bagaimana dengan hari Jumaat anda?

Hari ini, saya telah mempelajari sesuatu yang baru di kelas tutorial Reaction Engineering. Ada sesuatu di dalam soalan tutorial yang nyata menarik perhatian saya. Lagipun, ia sesuatu yang boleh diagak daripada seorang pensyarah yang menyatakan objektif utama subjek kami ialah ‘to have fun”.

Continue reading