Sekali Lagi Mendapat Pendapatan Terumpuk Daripada Nuffnang

Salam sejahtera buat semua.

nuffnang

Dah lama tak berbicara mengenai Nuffnang di blog beliamuda {dot} com. Sesekali rasa jauh sangat dengan atmosfera blogger Malaysia sekarang ni. Banyak kisah, konspirasi dan tulisan menarik yang saya tidak sempat luangkan masa untuk membacanya.

Kebetulan ada poin yang boleh ditulis mengenai Nuffnang kali ni. Poin yang agak ‘nyekit’ (makna: menimbulkan rasa tidak puas hati) untuk dibaca oleh sesetengah orang sebenarnya. Orang kata, saja nak kecoh pasal ada pendapatan terumpuk (baca: buffered earning) yang beraksi dalam blog ni.

buffered earning nuffnang

Ok, memang teruja la juga sebab dah lama tak dapat pendapat terumpuk daripada Nuffnang ni. Ahli biasa Nuffnang (bukan esklusif atau Giltterati) mana la ada senang-senang nak dapat buffered earning ni. Keutamaan untuk dapat buffered earning ni hanya kepada ahli Glitterati sahaja. Sekarang pun ada Glitterati Plus kan?

Satu simptom yang biasa kelihatan pada ahli biasa atau bila iklan Nuffnang tidak keluar ialah nuff tido @ nuff zzz. [Siapa yang mula-mula guna isitilah ni?] Masa ni la biasanya ramai yang akan resah gelisah. Mana taknya kan? Awal-awal join Nuffnang ingat boleh dapat duit banyak-banyak terus.

Walaupun tak dapat CPM, dapat CPC pun jadi la. Asalkan ada orang klik-klik iklan nuff. Rasanya dah lama saya tak tengok orang singgah di blog ni sambil tinggal jejak di kotak jerit (baca: Jom Borak!) dengan ayat “Salam singgah, saya klik nuff awak. Klik saya punya balik!”. Cuma ada seorang blogger mana ntah yang tak habis-habis spam dengan pautan yang buat saya menyampah. Hari-hari saya padam jeritan dia (entah dia baca ke tak entri dalam ni).

Nak faham pasal iklan CPC Nuffnang? Baca dua entri di bawah sekali dengan komen oleh para blogger lain:

Ok, cukup dah rasanya saya bercakap pasal Nuffnang ni. Dah lama rasanya tak bercakap pasal blog sendiri. Memang dah mula rasa terasing dengan keadaan atmosfera blogger Malaysia sekarang ni. Dah dekat dua bulan saya tidak membuka Google Reader, tempat di mana saya selalu lepak dan menanda blog-blog rakan blogger lain untuk dibaca.

Kenapa boleh jadi macam ni ya? Bagi saya peluang untuk imbas kembali…

beliamuda: Tempoh masa praktikal di Celestica cuma tinggal dua bulan sahaja lagi. Banyak lagi benda yang perlu dibuat. -_-“

18 thoughts on “Sekali Lagi Mendapat Pendapatan Terumpuk Daripada Nuffnang

    • @afiqaiman, boleh je nak pasang google ads. salah satu cara dengan adanya akaun blogspot. kat situ leh dapat akaun google ads rasanya. kalau apply terus payah sikit la untuk blog dalam bahasa Melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge