Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2012?

Salam sejahtera buat semua.

[Terkini]ย Semakan keputusan PMR 2012 melalui SMS!
[Terkini] Tarikh rasmi keputusan PMR 2012!

Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2012?

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012ย yang berlangsung bermula 9 Oktober lalu telah berlalu pergi. Para calon yang menduduki PMR 2012 kemungkinan sedang menikmati sisa persekolahan di Tingkatan 3 yang akan tamat dalam tempoh dua minggu lagi, kecuali dua orang calon yang bertaraf pak cik.

Berlalunya PMR bermakna tempoh penantian sehingga pengumuman keputusan PMR 2012 nanti adalah suatu tempoh yang boleh jadi mendebarkan buat mereka. Mungkin ada yang tidak berapa kisah juga dengan keputusan masing-masing. Cukup sekadar lulus barangkali? Walauapapun, saya pasti setiap calon menginginkan keputusan PMR 2012 yang cemerlang!

Statstik calon PMR 2012

  • Seramai 481,424 calon yang menduduki PMR 2012
  • Sebanyak 3,560 pusat peperiksaan yang dibuka untuk PMR 2012
  • Calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, dan sekolah agama bantuan kerajaan adalah seramai 448,436 calon
  • Calon sekolah bawah agensi kerajaan (seperti MRSM) adalah seramai 5,846 calon
  • Calon Sekolah Menengah Agama Negeri adalah seramai 10,051 calon
  • Calon sekolah swasta adalah seramai 13,728 calon
  • Calon persendirian adalah seramai 1,151 calon
  • Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat adalah seramai 2,212 calon

Bilakah Pengumuman Keputusan PMR 2012?

Nampaknya, agak sukar untuk mengagak bilakah tarikh pengumuman keputusan PMR 2012. Melihat kepada tarikh pengumuman keputusan PMR 2010 dan 2011, kedua-duanya adalah pada hari Khamis. Keputusan PMR 2010 diumumkan pada 23 Disember 2010, manakala keputusan PMR 2011 diumumkan pada 22 Disember 2011.

Rujukan:

Berdasarkan kepada tarikh untuk dua tahun kebelakangan, dijangkakan keputusan PMR 2012 akan turut diumumkan pada hari Khamis yang jatuh sebelum perayaan Krismas berlangsung. Kebiasaannya, cuti panjang akan diambil bermula Krismas iaitu 25 Disember sehingga ke Tahun Baru. Berdasarkan takwim persekolahan 2013, sesi persekolahan akan bermula pada 1 Januari 2013 bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Jadi, tarikh yang paling diyakini akan menjadi pilihan sebagai tarikh pengumuman keputusan PMR 2012 nanti adalah pada 19 Disember 2012 (kerana 20 Disember adalah Hari Hol Almarhum Sultan Johor). Jangkaan ini adalah berdasarkan kepada situasi di atas dengan perbandingan yang dibuat berdasarkan tarikh pengumuman PMR tahun-tahun sebelumnya.

Apa kata rakan pembaca yang lain?

beliamuda: Lagi berapa tahun berbaki sebelum PMR dimansuhkan?

Comments

112 responses to “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2012?”

  1. Nur Syazwani Avatar
    Nur Syazwani

    perasaan ku berdebarnye nak ambik result pmr.,Allah saja yang tahu…” Ya Allah engkau lagi maha mengetahui lagi maha pemurah lagi maha bijaksana,berikan lah kejayaan yang cemerlang kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan PMR tahun 2012″.. amin ya rabbal alamin ,,._.-)

  2. sha Avatar
    sha

    may it is thru…saya rasa berdebar kerana everyone were ask me ….what happen?saya berserah kpd maha esa…lgi maha mengetahui segala-galanya…..

  3. nurnabila najiha binti ridzuan Avatar
    nurnabila najiha binti ridzuan

    berdebar rasanya hati nak tunggu keputusan.. nabila harap nabila dapat hadiahkan kejayaan buat mak ayah yang tercinta… nabila tidak pernah berikan kejayaan kepada mak dan ayah sebelum ni…tapi suatu hari nanti nabila pasti akan berjaya.. nabila nak bantu mak dan ayah .. ya allah … kau ampunilah dosa ku dosa kedua ibubapaku…dosa seluruh umat islam yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia… sesungguhnya kau yang maha pengampun lagi maha mengasihani… ya allah berikanlah kejayaan kepada hambamu ini ya allah …bekalkanlah rezeki cemerlang dalam PMR kepada hamba ya allah…berikanlah kejayaan kepada semua pelajar tingkatan 3 maahad al islah…sesungguh nya kaulah yang mendengar lagi maha melihat..amin

  4. irsalina Avatar

    berdebar nya hati ku ini,dh nk dkt dh result pmr nk kluar.tak boleh nk lupakan kngan2 manis thn nie bersama guru2 yang mngajar sy n rakan2 saya.Ya Allah,Engkau brkanlah kejayaan kpdku dan rakan2 seperjuanganku.amin ya

  5. fifi Avatar
    fifi

    trimas untuk inf0 itu… rasa takut n excited bercampur baur… fi nak buat org di sekeliling fi, trutamanya parents, family, friends, teachers gembira dgn fi sbb fi x pernah beri apa2 kejayaan sblm ni… upsr pun x dpt skor… tapi semua tu dah berlalu… Ya Allah, Kau berikanlah kejayaan kepadaku dan rakan2ku serta semua calon PMR, Ya Allah… Amin

  6. hafeeza_bakri Avatar
    hafeeza_bakri

    aku harap aku dapat banyak A dan takde fail okay !

  7. mohd asraf Avatar
    mohd asraf

    ya Allah…mu beri laaa kputusn yg cemerlang kpd ku dan smue calon2 pmr di dalam malaysia……insyaAllah…..amin…

    1. ibu perihatin Avatar
      ibu perihatin

      aamiinn ya rabbal a’lamiin ๐Ÿ™‚

  8. roe Avatar
    roe

    Aku harap aku mendapat keputusan cemerlang 7A dan berdoa untuk calon-calon PMR lain juga untuk mendapat keputusan cemerlang dan keputusan yang dikehendaki mereka.

  9. angelina Avatar

    kenapa lah mesti pd 19 disember?? warghhh.. tak dpat lh ambik result msa tu.. dah lh nak pg Miri.. skolah pulak jauh .. aduuhhh .. susah betul lh.. hmm. mcm2 tarikh yg dijangka kan.. sy dah bingung. apa pun harap dpat result yg bagus ! :’)

  10. incrediblelife Avatar
    incrediblelife

    are u really sure thats the date? apepun,aku doakan korang2 form3 get the best result okay ?.berdebar taksangat lah cuz harinya belum dekat lagi,but, kita tawakal jelah cuz kita pon dah buat yang terbaik ๐Ÿ™‚
    8A’s ! Amin ! In Shaa Allah ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge