Salam sejahtera buat semua.
Sejak beberapa bulan yang lalu, aplikasi AirAsia untuk pengguna iPhone dan Android telah dikeluarkan daripada penggunaan dan laman web mobil AirAsia tidak dapat digunakan.
Kini, aplikasi AirAsia telah kembali semula ke Android. Sebelum ini, laman web mobil AirAsia telah boleh digunakan semula dan aplikasi iPhone juga telah dilancarkan semula dalam bulan September yang lalu.
Aplikasi AirAsia menjadi pilihan pengguna smartphone untuk membuat daftar masuk (check-in) secara dalam talian kerana daftar masuk di kaunter akan dikenakan caj tambahan. Ketiadaan aplikasi ini selama beberapa bulan yang lalu menyebabkan daftar masuk hanya boleh dilakukan melalui laman web AirAsia atau melaui kaunter.
Antaramuka (UI) aplikasi ini lebih mudah untuk digunakan berbanding aplikasi sebelum ini. Pengguna boleh membuat carian penerbangan dengan lebih mudah (Flight Search) dan fungsi daftar masuk (Check-in) yang menyokong sehingga 9 daftar masuk individu berbeza dalam satu penerbangan.
Selain itu, pengguna boleh melihat menu (Onboard Menu) yang ditawarkan dalam penerbangan AirAsia untuk dibuat tempahan awal serta panduan perjalanan yang ringkas (Travel Guide). Bagi pengguna yang selalu terbang bersama AirAsia, aplikasi ini patut ada dalam peranti pintar anda untuk kemudahan.
Setakat ini, saya belum lagi menggunakan sepenuhnya aplikasi AirAsia yang terbaru ni. Melalui pengamatan ringkas, aplikasi ini lebih baik berbanding aplikasi yang lalu dari segi antaramuka yang senang untuk difahami.
Dapatkan aplikasi AirAsia untuk Android di Google Play Store. Bagaimanakah pandangan dan pengalaman anda sebagai pengguna yang telah menggunakan aplikasi AirAsia untuk Android yang terbaru ni?
beliamuda: Aplikasi ini telah dipasang dan dicuba pada HTC Desire S, versi Android 2.3.5 (Gingerbread).
Pingback: Aplikasi AirAsia Kembali Semula Untuk Pengguna Android | Apesal.com
saya dah guna di iPad. memang memudahkan urusan.
Cikgu Hairul´s last blog about ..Tips kumpul duit kahwin bagi graduan
Pengguna Apple dapat lebih awal apps ni sekitar sebulan yang lalu.