Tarik Rasmi Pengumuman Keputusan PMR 2012

Salam sejahtera buat semua.

[Terkini] Semakan keputusan PMR 2012 melalui SMS!

Logo KPM

Kemaskini 17 Disember 2012

Pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan di portal MOE telah memaklumkan bahawa tarikh 19 Disember 2012, Rabu sebagai tarikh rasmi pengumuman keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012.

Tulisan asal 12 Disember 2012

Dalam perkembangan berkaitan tarikh rasmi pengumuman keputusan PMR 2012, belum lagi ada pengumuman rasmi yang disiarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Namun, satu page di Facebook yang menggunakan nama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) dalam salah satu status yang disiarkan memberitahu bahawa tarikh rasmi pengumuman keputusan PMR 2012 adalah pada 19 Disember 2012 seperti yang dijangkakan sebelum ini.

Buat masa ini saya masih lagi menantikan pengumuman rasmi untuk disiarkan di portal MOE dan juga edaran untuk siaran akhbar. Kemaskini lanjut akan menyusul kemudian.

Kemaskini 9:20 pagi, 13 Disember 2012

Dalam emel yang dihantar kepada pihak BPSBPSK pada awal pagi ini, pihak mereka telah menafikan kesahihan page Facebook berkenaan. Di bawah adalah petikan emel yang dibalas oleh En. Redzuan, Ketua Unit ICT BPSBPSK.

Assalamualaikum w.b.t.

Perkara di atas adalah dirujuk.

Terlebih dahulu pihak kami ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas
keperihatinan tuan.
Untuk makluman tuan pihak BPSBPSK tidak mempunyai sebarang akaun facebook samada
secara rasmi atau tidak.
InsyaALLAH pihak kami akan mendapatkan maklumat dan mengambil tindakan selajutnya
berdasarkan maklumat yang diberikan oleh tuan.

Wallahualan.

Wassalam

Redzuan bin Arabian
Ketua Unit ICT
BPSBPSK

03-8321 7494

Kesimpulannya, tarikh 19 Disember bukanlah tarikh rasmi pengumuman keputusan PMR 2012 selagi belum ada siaran rasmi oleh KPM di portal rasminya.

 

beliamuda: Tulisan lanjut berkaitan semakan keputusan PMR 2012 akan dibuat kemudian.

4 thoughts on “Tarik Rasmi Pengumuman Keputusan PMR 2012

  1. Pingback: Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2012?

  2. Pingback: Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan PMR 2011

    • Waalaikumussalam. Maaf, saya kurang berkesempatan untuk mengikuti perkembangan berkaitan PMR 2012. Rasanya dah banyak yang berkongsi ranking MRSM dan SBP untuk PMR 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge