Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2012?

Salam sejahtera buat semua.

[Terkini]Β Semakan keputusan PMR 2012 melalui SMS!
[Terkini] Tarikh rasmi keputusan PMR 2012!

Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2012?

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012Β yang berlangsung bermula 9 Oktober lalu telah berlalu pergi. Para calon yang menduduki PMR 2012 kemungkinan sedang menikmati sisa persekolahan di Tingkatan 3 yang akan tamat dalam tempoh dua minggu lagi, kecuali dua orang calon yang bertaraf pak cik.

Berlalunya PMR bermakna tempoh penantian sehingga pengumuman keputusan PMR 2012 nanti adalah suatu tempoh yang boleh jadi mendebarkan buat mereka. Mungkin ada yang tidak berapa kisah juga dengan keputusan masing-masing. Cukup sekadar lulus barangkali? Walauapapun, saya pasti setiap calon menginginkan keputusan PMR 2012 yang cemerlang!

Statstik calon PMR 2012

  • Seramai 481,424 calon yang menduduki PMR 2012
  • Sebanyak 3,560 pusat peperiksaan yang dibuka untuk PMR 2012
  • Calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, dan sekolah agama bantuan kerajaan adalah seramai 448,436 calon
  • Calon sekolah bawah agensi kerajaan (seperti MRSM) adalah seramai 5,846 calon
  • Calon Sekolah Menengah Agama Negeri adalah seramai 10,051 calon
  • Calon sekolah swasta adalah seramai 13,728 calon
  • Calon persendirian adalah seramai 1,151 calon
  • Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat adalah seramai 2,212 calon

Bilakah Pengumuman Keputusan PMR 2012?

Nampaknya, agak sukar untuk mengagak bilakah tarikh pengumuman keputusan PMR 2012. Melihat kepada tarikh pengumuman keputusan PMR 2010 dan 2011, kedua-duanya adalah pada hari Khamis. Keputusan PMR 2010 diumumkan pada 23 Disember 2010, manakala keputusan PMR 2011 diumumkan pada 22 Disember 2011.

Rujukan:

Berdasarkan kepada tarikh untuk dua tahun kebelakangan, dijangkakan keputusan PMR 2012 akan turut diumumkan pada hari Khamis yang jatuh sebelum perayaan Krismas berlangsung. Kebiasaannya, cuti panjang akan diambil bermula Krismas iaitu 25 Disember sehingga ke Tahun Baru. Berdasarkan takwim persekolahan 2013, sesi persekolahan akan bermula pada 1 Januari 2013 bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Jadi, tarikh yang paling diyakini akan menjadi pilihan sebagai tarikh pengumuman keputusan PMR 2012 nanti adalah pada 19 Disember 2012 (kerana 20 Disember adalah Hari Hol Almarhum Sultan Johor). Jangkaan ini adalah berdasarkan kepada situasi di atas dengan perbandingan yang dibuat berdasarkan tarikh pengumuman PMR tahun-tahun sebelumnya.

Apa kata rakan pembaca yang lain?

beliamuda: Lagi berapa tahun berbaki sebelum PMR dimansuhkan?

Comments

112 responses to “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2012?”

  1. YAZID Avatar
    YAZID

    Tahun ini result keluar awal sbb skolah vokasional ..

    1. ain Avatar
      ain

      betul,, πŸ™‚

      1. Fira Avatar
        Fira

        dengar cerita mungking minggu pertama atau kedua dalam bulan DIsember.

    2. fatin nasuha thunderstorm Avatar
      fatin nasuha thunderstorm

      Assalamualaikum…..betol kenkeluar awal?boleh tak saya tahu kenapa ianya keluar awal……saya ada juga dengar ianya akan diuumkan 6 disember 2012 tapi masih belum dishkan lagi :-
      )

  2. Aiman Avatar
    Aiman

    Terima kasih

    1. aecah_lolipop Avatar
      aecah_lolipop

      assalamualaikum … sy dbritahu oleh gru-gru bhwa result akn kluar lwat .. djgka awl bln 1 2013 6ti .. tpi alhamdulillah la lau kluar awl .. tpi , tkot la nk p amek result .. tkot fail .. arap-arap llus lake , insyaallah dgn izn allah .. amin ..

      1. fatin nasuha thunderstorm Avatar
        fatin nasuha thunderstorm

        Lah….ye ke keluar lewat…..harap2 ianya tak akan terjadi lah ye… Sebab skrg pon dah tak sabar nak nunggu result keluar :-)apapun untuk pengesahan tarikh sebenar pengumuman keputusan pjr keluar kita boleh mengetahuinya melalui surat khabar atau berita……arap2 dapat result yang cemerlang kepada diri saya dan semua calon yang menduduki pmr 2012…..doakan saya mendapat result yang cemerlang ye :-)…….assalamualaikum

  3. fatin nasuha thunderstorm Avatar
    fatin nasuha thunderstorm

    Kepada aecah lilipo tak payah takut lah nak pi ambil result…….relax je…saya akan mendoakan saudari mendapat result yang cemerlang dan saudari juga tolong doakan saya juga ye πŸ™‚ yang penting saudari sudah mencuba sehabis baik dan saya ucapkan good luck untuk spm 2014 nanti ye…….

  4. EX-calon PMR Avatar
    EX-calon PMR

    betul ke ni? hurm sbab ari tu budak TKC kata 27.12.2012. selepas krismas. hehe ^^

    1. nuraini amirah binti abdul halim Avatar
      nuraini amirah binti abdul halim

      a ah..saye dengar begitu juga..mane satu ni..bagi seklolah agama pon same juga?

  5. Fatin Farhana Avatar
    Fatin Farhana

    assalam .. btul ker ape yg sye bce d ats ? skolah sye umum kte kluar rsult pde 24 disember 2012 .. mne 1 yg btul ny ? phak atsan tlong sahkan dgan sebaiknye .. hrap mklum , wsalam ..

  6. fatin nasuha thunderstorm Avatar
    fatin nasuha thunderstorm

    Ntah…pening kepala banyak sangat tarikh nya…. πŸ™‚ kepada sesiapa yang mengetahui tarih sebenar-benarnya silalah inform kat sini…. πŸ™‚ apa pon semoga mendapat yang terbaik buat semua… Wassalam…

  7. erlyyn Avatar
    erlyyn

    waa. .so nervous

  8. aiman Avatar
    aiman

    arrrrrr!!!! so nervous , harap2 dpt keputusan yang cemerlang

  9. Aisyah Japanie Avatar

    Semoga candidates PMR 2012 pecah rekod dan mendapat kejayaan yg cemerlang πŸ™‚

    1. fatin nasuha thunderstorm Avatar
      fatin nasuha thunderstorm

      InsyaAllah…….amiiin……

  10. SENDIRI Avatar

    berdebar2 plak rasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge