Majlis Konvokesyen Ke-12 Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

Salam sejahtera buat semua.

Majlis Konvokesyen 12 UTP

Hampir sembilan bulan sejak saya meninggalkan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) setelah menamatkan pelajaran pada bulan Januari lalu, baru beberapa hari yang lalu timbul maklumat mengenai Majlis Konvokesyen Ke-12.

Jujurnya, tidak terasa langsung kemeriahan majlis konvokesyen sebab tiada sebarang maklumat rasmi atau surat-menyurat yang diberikan kepada bekas mahasisiwa UTP padahal konvokesyen hanya tinggal sebulan sahaja lagi.

Berikut adalah maklumat ringkas berkaitan dengan Majlis Konvokesyen ke-12 UTP.

Makan Malam Konvokesyen ke-12
Tarikh: 20 Oktober 2012 (Sabtu)
Lokasi: Dewan Utama (Main Hall), Universiti Teknologi PETRONAS

Majlis Konvokesyen ke-12
Tarikh: 21 Oktober 2012 (Ahad)
Lokasi: Dewan Canselor (Chancellor Hall), Universiti Teknologi PETRONAS

Panduan dan maklumat lain berkaitan dengan Majlis Konvokesyen ke-12 boleh dirujuk di laman rasmi. Maklumat berkaitan di atas telah dirujuk di sini dan di sini.

beliamuda: Bukan mudah nak cari ruang masa kalau sekarang ni tengah outstation

Comments

5 responses to “Majlis Konvokesyen Ke-12 Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)”

  1. Faris Avatar

    Required to bring Graduate Tracer Study & Graduation Confirmation Slip? Wadehel are those? haha

    1. beliamuda Avatar

      Graduate Tracer Study tu rasanya hasil survey dengan MOHE. Yang confirmation slip tu aku tak pasti.

  2. […] minggu lepas saya dapat surat jemputan rasmi untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke-12 Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) melalui emel. Rasanya, rakan-rakan lain pun sama. Tak tahulah kenapa lambat sangat nak hantar surat […]

  3. […] sampai seminggu lagi sebelum bermulanya Majlis Konvokesyen ke-12 Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Bermula hari ini, sesi pengambilan jubah konvokesyen bermula sehingga tengah hari Jumaat […]

  4. […] dengan perjalanan ke UTP di Bandar Seri Iskandar, Perak pada keesokan harinya untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke-12 Universiti Teknologi PETRONAS. Urusan di UTP selesai pada hari Isnin dan perjalanan disambung dengan destinasi dituju adalah […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge