Kehangatan Majlis Konvokesyen ke-12 UTP Makin Terasa

Salam sejahtera buat semua.

Pas masuk dan pelekat kereta

Tidak sampai seminggu lagi sebelum bermulanya Majlis Konvokesyen ke-12 Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Bermula hari ini, sesi pengambilan jubah konvokesyen bermula sehingga tengah hari Jumaat nanti.

Saya telah meminta bantuan bekas rumet untuk mengambil jubah bagi pihak saya berserta dengan pas masuk dan pelekat kereta seperti yang terdapat dalam gambar di atas.

Jubah konvokesyen

Mengikut perancangan asal, dia sebenarnya nak ambil jubah konvo pada hari Jumaat. Saya telah diberitahu oleh seorang rakan yang lain bahawa jubah bersaiz kecil yang kebanyakan mahasiswa lain juga ambil akan cepat habis.

Maka, panggilan dibuat petang semalam untuk meminta perancangan ditukar dan hasilnya jubah konvo telah pun diambil awal pagi tadi.

Terima kasih buat Luqman Hakim, termasuk gambarnya sekali.

beliamuda: Hari Jumaat ni akan terbang pulang terus ke Kota Bharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge