Cara Maklumat Diri Dibeli Dengan Harga Murah

Salam sejahtera buat semua.

♫♫...Money Money Money.......♫♫

Memetik komen daripada Akal berfikir & mulut bicara dalam entri panggilan telefon daripada penjual insurans:

Untuk pengetahuan anda semua pengunaan kad ‘point’ tak kira untuk pembelian barang di sesuatu tempat memerlukan kita untuk mendaftar, isi borang dan segala bagai. disitu bermulalah segalanya…

Dari satu pihak ke satu pihak lain, maklumat-maklumat kita di JUAL. Maklumat pada zaman ini, merupakan ASET yang tidak ternilai bagi SYARIKAT tertentu yang akan menggunakan maklumat kita ini sebagai salah satu PENDAPATAN MAYA.

Jadi, berhati-hatilah ketika mendapat panggilan telefon dari mana-mana pihak yang kenal BUTIR-BUTIR diri kita ini. Jangan beri sebarangan no akaun, no belakang kad bank (debit) atau apa juga maklumat yang tidak pernah anda ketahui APA TUJUAN MEREKA.

Sungguh mudah dan murah cara golongan ini mendapatkan maklumat diri kita. Mungkin kerana tiada kesedaran tentang pentingnya menjaga maklumat diri, maka dengan mudah mereka boleh mendapatkannya.

beliamuda: Daftar nama dan produk percuma…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge