Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2012?

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru!] Tarikh rasmi keputusan UPSR 2012 telah diumumkan!

pen and paper[LucasTheExperience]

Sudah menjadi kebiasaan apabila tamatnya ujian terutamanya peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lalu, maka timbullah pertanyaan seperti “bilakah tarikh pengumuman keputusan UPSR 2012?”.

Ya, memang saya ada mendapat soalan seperti ini yang diajukan terus kepada saya melalui ruangan komen dalam entri berkaitan tarikh keputusan UPSR 2011. Sepanjang UPSR 2012 berlangsung tempoh hari, saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat berjaya melalui laman FB beliamuda {dot} com.

Berkaitan tarikh pengumuman keputusan UPSR tahun ini, berkemungkinan besar ianya akan diumum sebelum bermulanya sesi cuti persekolahan 2012 pada 9 dan 10 November. Seperti tahun-tahun sudah, keputusan UPSR akan diumumkan pada hari Khamis.

Saya menjangkakan keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada 8 November yang juga merupakan hari Khamis terakhir persekolahan sesi tahun 2012. Namun, semua ini hanyalah telahan sahaja dan perlulah kita sama-sama menantikan penetapan rasmi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Keputusan UPSR 2011 telah diumukan pada 17 November 2011 (hari Khamis terakhir persekolahan tahun 2011), manakala keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada 11 November 2010 (hari Khamis kedua terakhir persekolahan tahun 2010). Tarikh jatuhya Hari Raya Korban pada tahun ini mungkin sedikit sebanyak turut mempengaruhi.

***
Kemaskini 3 November

Melihatkan kepada keadaan semasa yang sehingga kini belum ada sebarang pengumuman rasmi berkenaan tarikh keputusan UPSR 2012, jangkaan awal saya nyata meleset. Kebiasaannya, pengumuman rasmi tarikh keputusan akan dibuat seminggu sebelum diumumkan.

Ditambah lagi dengan komen daripada Saidatul Huda yang menyatakan bahawa ada masalah teknikal yang melambatkan keputusan diumumkan. Sabarlah menanti!
***

Kesimpulannya, adik-adik Darjah 6 tak perlulah risau sangat mengenai tarikh keputusan UPSR diumumkan. Serahkan urusan ini kepada pemeriksa kertas UPSR 2012 dan pihak Kementerian Pelajaran.

beliamuda: Mungkin keputusan UPSR 2012 boleh disemakan melalui SMS seperti tahun lalu.

Comments

64 responses to “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2012?”

  1. yusra Avatar
    yusra

    semoga saya dpt memperoleh kputusan yg cmerlang……

  2. Norman_eric Avatar
    Norman_eric

    hahahaha
    takut syer

  3. muhammad danial farhan bin mohd firdaus Avatar
    muhammad danial farhan bin mohd firdaus

    moge2 ye saya dapt 55555 aaaaa

    nanti mak ayah cakap AAAAA tak sangka anak kita

  4. sashneeta Avatar
    sashneeta

    pls all pray 4 me 2 get 7 a dalam upsr ma!!!!!!!!!i need all of your blessing.tq

  5. […] rasmi pengumuman UPSR pada tahun ini tidak seperti jangkaan awal yang saya tulis dalam entri sebelum ini iaitu pada hari terakhir sesi persekolahan tahun […]

  6. NURUL SAADATUL KAMILAH Avatar
    NURUL SAADATUL KAMILAH

    saya hrp mndpt 5a upsr supaya dpt mngembirakn ahli keluarga dn guru2…..

  7. NURUL SAADATUL KAMILAH Avatar
    NURUL SAADATUL KAMILAH

    saya hrp agr saya mndpt 5a upsr supaya dpt mengembirakn ahli keluarga ,guru2 dn snk saudara…….semoga berjaya kpda cln upsr!!!!!!

  8. IBRAHIM MUSA Avatar
    IBRAHIM MUSA

    PADA 19/11/12
    DOAKAN SAYA DAPAT 5 A YA…
    INSAALAAH
    SAYA PON DOAKAN KAMU JUGAK
    🙂

  9. Zack Avatar
    Zack

    Sy menghrpkan mendpt 5A dlm upsr …..Krn mahu menggembira ibu bapa sy

  10. DEEBAN Avatar

    saya doa kpd tuhan agr dapat 7A dlm UPSR saya juga dpt berjaya dlm semua peperiksaan.All the best to UPSR candidates.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge