Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan UPSR 2012

Salam sejahtera buat semua.

Logo KPM

Pihak Lembaga Peperiksaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam satu siaran akhbar yang disiarkan di Portal MOE telah menyiarkan tarikh rasmi pengumuman keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 iaitu pada 19 November 2012, Isnin.

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Tarikh rasmi pengumuman UPSR pada tahun ini tidak seperti jangkaan awal yang saya tulis dalam entri sebelum ini iaitu pada hari terakhir sesi persekolahan tahun 2012.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Masih belum pasti sama ada calon boleh menyemak keputusan USPR 2012 melalui SMS seperti tahun lalu. Sama-samalah kita menanti perkembangan semasa dalam minggu mendatang ni.

beliamuda: Semoga berjaya buat adik-adik!

Comments

2 responses to “Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan UPSR 2012”

  1. […] [Terbaru!] Tarikh rasmi keputusan UPSR 2012 telah diumumkan! […]

  2. […] Rendah (UPSR) 2012 ialah pada 19 November 2012 seperti yang diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM.Tarikh rasmi pengumuman keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 ialah pada 19 November …Tarikh rasmi pengumuman keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 ialah pada 19 November […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge