Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2012?

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru!] Tarikh rasmi keputusan UPSR 2012 telah diumumkan!

pen and paper[LucasTheExperience]

Sudah menjadi kebiasaan apabila tamatnya ujian terutamanya peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lalu, maka timbullah pertanyaan seperti “bilakah tarikh pengumuman keputusan UPSR 2012?”.

Ya, memang saya ada mendapat soalan seperti ini yang diajukan terus kepada saya melalui ruangan komen dalam entri berkaitan tarikh keputusan UPSR 2011. Sepanjang UPSR 2012 berlangsung tempoh hari, saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat berjaya melalui laman FB beliamuda {dot} com.

Berkaitan tarikh pengumuman keputusan UPSR tahun ini, berkemungkinan besar ianya akan diumum sebelum bermulanya sesi cuti persekolahan 2012 pada 9 dan 10 November. Seperti tahun-tahun sudah, keputusan UPSR akan diumumkan pada hari Khamis.

Saya menjangkakan keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada 8 November yang juga merupakan hari Khamis terakhir persekolahan sesi tahun 2012. Namun, semua ini hanyalah telahan sahaja dan perlulah kita sama-sama menantikan penetapan rasmi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Keputusan UPSR 2011 telah diumukan pada 17 November 2011 (hari Khamis terakhir persekolahan tahun 2011), manakala keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada 11 November 2010 (hari Khamis kedua terakhir persekolahan tahun 2010). Tarikh jatuhya Hari Raya Korban pada tahun ini mungkin sedikit sebanyak turut mempengaruhi.

***
Kemaskini 3 November

Melihatkan kepada keadaan semasa yang sehingga kini belum ada sebarang pengumuman rasmi berkenaan tarikh keputusan UPSR 2012, jangkaan awal saya nyata meleset. Kebiasaannya, pengumuman rasmi tarikh keputusan akan dibuat seminggu sebelum diumumkan.

Ditambah lagi dengan komen daripada Saidatul Huda yang menyatakan bahawa ada masalah teknikal yang melambatkan keputusan diumumkan. Sabarlah menanti!
***

Kesimpulannya, adik-adik Darjah 6 tak perlulah risau sangat mengenai tarikh keputusan UPSR diumumkan. Serahkan urusan ini kepada pemeriksa kertas UPSR 2012 dan pihak Kementerian Pelajaran.

beliamuda: Mungkin keputusan UPSR 2012 boleh disemakan melalui SMS seperti tahun lalu.

64 thoughts on “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2012?

  1. mmm.. cucu pertama dalam family i menduduki UPSR. satu family tengah tension. Harapx2 anak buah i dpat semua A.

  2. ARISSA NUR HIDAYAH itulah nama pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan UPSR yang menjadi tumpuan ahli keluarga untuk tahun ni dan merupakan cucu perempuan pertama kedua-dua belah pihak… harapan agar ianya mengikut jejak abg iman & abg ameer & abg muiz.

  3. i rasa berdebar debar untuk mengetahui keputusan peperiksaan UPSR anak i, cucu pertama juga di dalam famili i ni. hopefully she will will gain straight A’s in her exam.

  4. auntie..harap sumenyer bakal berjaya,,,skrg n auntie yg terlebih resah….tgu keputusan anak..harap2 cemerlang..amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge