Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2011

Salam sejahtera buat semua.

Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2011

Dengan berbaki hanya seminggu sahaja lagi sesi persekolahan tahun 2011, tarikh pengumuman keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 telah pun ditetapkan secara rasmi iaitu pada 17 November 2011, Khamis seperti yang telah dijangkakan sebelum ini dalam entri “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2011?

Berikut adalah petikan daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 17 November 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
9 November 2011

Turut saya sertakan adalah komen yang dikongsikan oleh seorang ibu/bapa mengenai isu kebocoran soalan/jawapan yang saya utarakan di dalam entri sebelum ini.

Saya mengajar sendiri anak saya walaupun saya bukan seorang guru.Namun,apa yang mengecewakan saya selama lima tahun,anak saya pergi ke sekolah bawa beg pergi dan balik tanpa sebarang aktiviti pagi atau petang sekadar mengisi jadual persekolahan sahaja.Kebanyakan guru saya dapati membuang masa berborak di kantin sekolah,mundar-mandir ke kedai-kedai berdekatan atau pulang ke rumah.Murid-murid sekolah pergi ke sekolah dan membawa pulang kerja sekolah yang bertepek-tepek.Apabila tiba Tahun 6,baru nak start belajar.Masa selama 5 tahun itu dibazirkan begitu sahaja.Murid-murid apabila tahun 6 terpaksa belajar sehingga tidak mengenal bulan dan bintang.Sepanajng masa berada di sekolah,balik hanya nak tidur sahaja.Begitulah setiap hari.Tapi yang lebih teruk lagi,apabila tiba waktu peperiksaan UPSR,semua murid mendapat soalan bocor dari guru.Boleh dikatakan semua subjek terutamanya Bahasa Inggeris.100%.Bagi murid yang belajar dari mula masuk sekolah hingga tahun 6,ini adalah satu penipuan yang besar dan merugikan diri sendiri.Yang bodoh lagi bodoh,yang cerdik tak kemana.Ini adalah kerana cikgu-cikgu yang tidak amanah,jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas semata-mata memenuhi tuntutan kerja.Mereka-mereka yang melakukan kerja bodoh ini haruslah bertanggungjawab dunia dan akhirat.Tolong hentikan kerja-kerja yang tak amanah ini.Jadikanlah profesyen perguruan ini satu pekerjaan yang mulia.Jangan jadikan sifat sesetengah guru ini seperti menconteng arang ke muka sendiri.Wassalam

~ hamba allah

Saya yakin bukan semua cikgu bersikap demikian kerana saya pun pernah menjadi pelajar sekolah rendah. Ibu saya sendiri juga merupakan seorang guru yang mengajar di sekolah rendah. Tetapi, saya tetap tidak menolak wujudnya segelintir para cikgu yang bersikap demikian.

Kalau ada ibu bapa yang tahu wujudnya kejadian seperti ini, gunalah saluran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menyuarakan ketidakpuasan tersebut. Yuran tahunan PIBG dibayar setiap tahun. Mesyuarat PIBG pun ada saban tahun. Gunalah saluran yang ada tersebut.

beliamuda: Belum sampai taraf bapa lagi…

Comments

2 responses to “Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2011”

  1. […] Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 secara rasmi bakal diumumkan pada esok hari, 17 November 2011. Keputusan boleh diketahui melalui sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi. Selain itu, keputusan USPR 2011 juga boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menggunakan perkhidmatan mySMS. […]

  2. […] Keputusan UPSR 2011 telah diumukan pada 17 November 2011 (hari Khamis terakhir persekolahan tahun 2011), manakala keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada 11 November 2010 (hari Khamis kedua terakhir persekolahan tahun 2010). Tarikh jatuhya Hari Raya Korban pada tahun ini mungkin sedikit sebanyak turut mempengaruhi. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge